semut-semut yang prihatin

semut-semut yang prihatin
semut-semut yang prihatin

Selasa, 15 November 2011

Yahudi Isfahan telahpun keluar bersama Dajjal!

http://unkelhafiz.blogspot.com/



Berita tentang perbicaraan kes Moshe Katsav, merupakan bekas presiden Israel (2000 - 2007) menarik perhatian saya, tapi bukan kerana kes yang dibicarakan. Tahukah kita bahawa beliau dilahirkan dalam wilayah Isfahan Iran? Jumlah penduduk Yahudi di Iran sebelum terjadinya Revolusi Islam adalah seramai 150,000 pada tahun 1948 dan sebaik sahaja revolusi yang tinggal hanyalah 80,000 orang, iaitu sermai 70,000 orang telah keluar berhijrah ke Israel! Yang tinggal sekarang ini hanyalah sekitar 25,000 orang sahaja Yahudi di Iran, sebahagian besarnya dalam wilayah Isfahan.



Beberapa hadis Rasulullah ada menceritakan kedatangan Dajjal pada akhir zaman. Selain itu, ada dimaklumkan tentang keluarnya Dajjal adalah ia dikuti oleh Yahudi Isfahan yang menjadi anggota pasukan tentera Dajjal.



Daripada Abi Bakr al-Siddiq r.a, sabda Baginda SAW :



"Dajjal akan muncul ke bumi dari arah timur bernama Khurasan."- Hadis riwayat al-Tirmizi. 



Daripada Anas bin Malik r.a, sabda Baginda SAW : 




"Dajjal akan diikuti oleh 70,000 Yahudi dari kota Isfahan (Nan), mereka memakai Al-Tayalisah ". Hadis riwayat Muslim.


Tentera Yahudi Isfahan yang memakai Al - Tayalisah berada di medan perang

Tentera Dajjal bersamanya Yahudi Isfahan memakai Al-Tayalisah
Lambang Dajjal Jelas Pada Pesawat Tempurnya


(sumber)

Masuk Neraka Kerana Seekor Lalat.

http://unkelhafiz.blogspot.com/


Dari Tariq ibn Shihab,

 
Sesungguhnya Rasulullah saw bersabda “ Seorang lelaki telah masuk syurga kerana seekor lalat dan seorang lelaki lain masuk neraka kerana seekor lalat. Sahabat bertanya “ Bagaimana boleh berlaku ya Rasulallah : Baginda saw bersabda : Dua orang lelaki telah melalui perkampungan satu kaum yang memiliki berhala. Setiap orang yang melalui berhala tidak akan dibenarkan lalu kecuali jika melakukan korban untuk berhala berkenaan. Dua orang tadi ditahan lalu dikatakan kepada mereka berkorbanlah. Berkata seorang dari mereka kami tidak memiliki sesuatu untuk dikorbankan. Lalu berkata penjaga berhala ” berkorbanlah walaupun seekor lalat". Lalu lelaki ini mengorbankan seekor lalat, lalu dia pun dibenarkan lalu. Kepada seorang lelaki yang lain , ia berkata “ aku tidak akan mengorbankan sesuatu selain kepada Allah, lalu mereka memancung kepalanya maka masuklah dia kedalam syurga.” 
(HR Imam Ahmad)

Situasi ini mungkin sudah tidak berlaku di zaman sekarang. Tidak ada lagi orang yang memaksa untuk berkorban untuk patung ataupun berhala. Tetapi di zaman yang serba maju ini, keadaan ini sebenarnya masih berlaku tetapi dalam keadaan yang berbeza dan tidak lagi dipaksa tetapi rela. Menarik bukan.


Saya ingin kaitkan hadis ini dengan situasi masyarakat sekarang yang masih taksub dengan bomoh. Bomoh yang membakar kemenyan dan meminta pengeras sebagai korban untuk mencapai hajat apa yang diingini. Bukankah situasi ini sama dengan kisah di dalam hadis tersebut.

Pengeras

Pengamal perubatan tradisional yang juga dikenali sebagai bomoh ataupun dukun akan mengenakan bayaran tertentu sebagai upah kepada perkhidmatan yang mereka berikan. Untuk nampak lebih hebat, kononnya jumlah bayaran tu telah pun ditetapkan oleh khadam ataupun jin belaan bomoh tersebut. Bayaran Pengeras tidak sama antara bomoh dan jenis penyakit. Dari puluhan ringgit hinggalah boleh mencecah sehingga puluhan ribu ringgit. 

Pengeras yang agak tinggi biasanya akan cuba dibayar oleh pesakit walaupun tinggal sehelai sepinggan disebabkan desakan penyakit yang di alami. Cuba kita fikirkan, adakah jin memerlukan duit? Jin tidak perlu menghulurkan duit pun untuk membeli sekampit beras dikedai runcit.

Selain meminta pengeras dalam bentuk duit, ada juga yang meminta yang bukan-bukan seperti darah ayam, telur ayam kampung, pulut kuning. Barang-barang yang diminta oleh jin ataupun syaitan ini berlainan mengikut keadaan geografi (negara). Kenapa? Sebenarnya syaitan tidak memerlukan barangan tersebut. Tetapi mereka gembira kita dapat mengikut kemahuan mereka. Tujuan mereka cuma satu, untuk sesatkan manusia dan mendiami neraka bersama mereka.

Kembalilah kepada ajaran Islam yang sebenarnya. Berserah kepada Allah swt. Jangan biarkan diri diperdaya oleh Syaitan. Sesungguhnya Syaitan adalah musuh yang nyata. 

Kuman Anjing Dan Kucing.

http://unkelhafiz.blogspot.com/


Nabi menekankan di dalam beberapa hadisnya bahawa kucing itu tidaklah najis. Malah diperbolehkan untuk berwudhuk menggunakan air bekas minuman kucing.

Kenapa Rasulullah Saw berani mengatakan bahawa kucing tidak menjadi najis kepada manusia? Persoalannya, bagaimana Nabi mengetahui badan kucing tidak mempunyai najis? Jawapannya, kulit kucing mempunyai otot-otot yang berfungsi untuk melawan sel bakteria.

Otot kucing juga dapat menyesuaikan diri dengan sentuhan otot manusia. Pada permukaan lidah kucing pula dilapisi oleh berbagai benjolan kecil yang runcing, benjolan ini berbentuk bengkok mengucup seperti kikir atau gergaji. Bentuk ini sangat berguna untuk membersihkan kulit.

Ketika kucing minum, tidak ada setitis pun air yang akan jatuh dari lidahnya. Sedangkan lidah kucing sendiri merupakan alat pembersih yang paling canggih, permukaannya yang kasar boleh membuang bulu-bulu mati dan membersihkan bulu-bulu yang tersisa di badannya. 

Kajian Yang Dijalankan

Telah dilakukan berbagai penyelidikan terhadap kucing mengikut pelbagai perbezaan usia, posisi kulit, punggung, bahagian dalam tapak kaki, bibir, dan ekor. Pada bahagian-bahagian tersebut dilakukan pengambilan sampel melalui usapan. Di samping itu, kuman juga diletakkan pada bahagian-bahagian tertentu. Diambil juga cairan khusus (air liur) yang berada pada dinding dalam mulut dan lidahnya. 

Hasil yang didapati selepas ujikaji adalah:

1. Hasil yang diambil dari kulit luar tidak mempunyai kuman, meskipun dilakukan berulang kali.

2. Tempat yang kuman sengaja diletakkan menunjukkan hasil negatif sekitar 80% (20% mempunyai kuman), jika dilihat dari air liurnya. Ini menunjukkan kucing dapat melawan kuman yang diberikan kepadanya.

3. Cairan yang diambil dari permukaan lidah juga menunjukkan ketidak hadiran kuman.

Kuman enterobacter yang tidak merbahaya




4. Hanya sekali kuman dijumpai semasa proses penyelidikan. Kuman ini termasuk dalam kumpulan kuman yang dianggap sebagai kuman biasa yang selalunya membiak dalam tubuh manusia dalam jumlah yang kecil seperti enterobacterstreptococcus, dan taphylococcus. Jumlahnya kurang dan membiak dalam lingkungan 50 ribu pertumbuhan.

5. Kajian tidak menemui jenis kuman yang beragam dan berbahaya. Perbagai sumber yang dipercayai dan hasil penyelidikan laboratorium menyimpulkan bahawa kucing tidak mempunyai kuman dan mikrobakteria. Air liurnya bersih dan boleh membersihkan seluruh badannya.

Ulasan para doktor yang bergiat dalam bidang kuman, Dr. George Maqshud, ketua laboratorium di Klinik Haiwan Baitharah, jarang sekali ditemui kehadiran kuman pada lidah kucing. Jika mempunyai kuman, itu menunjukkan kucing itu akan atau sedang sakit.

Lysozyme menjadi agen pembersih di dalam tubuh kucing




Selain itu, Dr. Gen Gustafsirl menemui kuman yang banyak pada anjing, manusia 25% dari anjing, kucing mempunyai separuh kuman dari manusia. Doktor haiwan di klinik haiwan Damaskus, Said Rafah menegaskan bahawa kucing mempunyai peranti pembersih yang bemama lysozyme.

Kucing tidak menyukai air kerana air merupakan tempat yang sangat subur dalam pertumbuhan bakteria. Kucing juga sangat menjaga kestabilan suhu tubuhnya.

Jika diperhatiakan, kucing tidak banyak berjemur dan tidak suka mendekati air. Tujuannya agar bakteria tidak berpindah kepadanya. Inilah yang menjadi faktor yang membuatkan kuman tidak ada pada tubuh kucing.

Hadis-Hadis Mengenai Kucing

Kabsyah binti Kab bin Malik menceritakan bahawa Abu Qatadah, mertua Kabsyah masuk ke rumahnya lalu ia menuangkan air untuk wudhuk. Pada masa itu datang seekor kucing yang ingin minum. Lantas ia menuangkan air di bekas untuk kucing itu minum. Kabsyah berkata, "Perhatikanlah". Abu Qatadah berkata, "Apakah kamu hairan?" Kabsyah menjawab, "Ya". Lalu Abu Qatadah berkata bahawa Nabi SAW pernah bersabda, Kucing itu tidak najis. Kucing binatang yang suka berkeliling di rumah (binatang rumahan), (HR At-Tirmidzi, An-Nasai, Abu Dawud, dan Ibnu Majah). 

Diriwayatkan Ali bin Al-Hasan dan Anas menceritakan bahawa Nabi Saw pergi ke Bathhan suatu daerah di Madinah. Lalu beliau berkata, "Ya Anas, tuangkan air wudhuk untukku ke dalam bekas". Lalu Anas menuangkan air. Ketika sudah selesai, Nabi menuju bejana. Namun terdapat seekor kucing datang dan menjilati bekas air tersebut. Melihat kejadian itu, Nabi berhenti sehinggakan kucing tersebut berhenti minum lalu Rasulullah berwudhuk. Nabi ditanya mengenai kejadian tersebut, beliau menjawab, "Ya Anas, kucing termasuk perhiasan rumah tangga, ia tidak dikotori sesuatu, malah tidak ada najis." 

Diriwayatkan dari Dawud bin Shalih At-Tammar dan ibunya yang menerangkan bahawa hambanya memberikan Aisyah semangkuk bubur. Namun ketika ia sampai di rumah Aisyah, tenyata Aisyah sedang solat. Lalu ia memberikan isyarat untuk menyimpanya. Sayangnya setelah Aisyah selesai mendirikan solat, ia lupa adanya bubur. Datanglah seekor kucing lalu memakan sedikit bubur tersebut. Ketika Aisyah melihat bubur tersebut dimakan kucing, Aisyah lalu membersihkan bahagian yang disentuh kucing dan Aisyah memakannya. Rasulullah Saw bersabda, "Ia tidak najis. Ia binatang yang berkeliling". Aisyah pernah melihat Rasulullah Saw berwudhuk dari sisa bekas jilatan kucing, (HR AlBaihaqi, Abd Al-Razzaq, dan Al-Daruquthni). 

Kalaulah bukan dari wahyu Allah tentulah Rasulullah Saw tidak akan berani mengatakan bahawa kucing itu bersih. Segala sesuatu yang baru ditemui oleh para ilmuwan pada zaman moden ini, telah diketahui ilmunya oleh Rasul Kita Muhammad saw sejak 1500 tahun yang lalu.

Isnin, 7 November 2011

Keindahan Islam Yang Orang Lain Tidak Nampak.

http://unkelhafiz.blogspot.com/
Kedua-dua gambar di bawah adalah hukuman hudud yang dijalankan di Afghanistan sewaktu pemerintahan Taliban pada suatu masa dahulu.


Bayangkan jika Malaysia menjalankan hukuman hudud seperti di atas. Sudah tentu ribuan akan hadir ingin melihatnya dari dekat. Dan jutaan akan melihatnya melalui siaran langsung melalui kaca TV. Agak-agaknya beranikah lagi bakal pencuri/perompak/penyamun ingin melakukan kerja-kerja tersebut. Beranikah bakal perogol/penzina/pelaku maksiat melakukan kerja-kerja terkutuk berkenaan?

Nah! itulah Islam. Dan itulah hukuman yang Allah tetapkan untuk seluruh umat manusia. Jelas dinaskan di dalam AlQuran. Sungguhpun nampak seperti kejam namun untuk melaksanakannya amat susah kerana memerlukan saksi yang mencukupi dan disoal kenapa ia melakukan perkerjaan tersebut.

Bayangkan sebaik sahaja ia dilaksanakan sudah tentu kesannya sangat besar kepada kehidupan masyarakat secara keseluruhannya. InsyaAllah aktiviti jenayah dan maksiat akan turun mendadak secara 'drastik'. Masing-masing akan takut direjam dan dipotong tangan. Polis tidak lagi sibuk untuk menangkap penjenayah kerana tidak ada lagi jenayah yang keterlaluan. Penjara pula lama-lama akan kosong dengan penghuni. Tidak ada lagi pembaziran membina penjara dan menanggung makan percuma penjenayah dengan wang cukai rakyat.

Sudah tentu rakyat akan selesa kerana negara akan aman. Peniaga dan hartawan tidak lagi risau tentang pencuri. Kedai-kedai/rumah boleh ditinggalkan begitu sahaja kerana orang akan berfikir berpuluh kali untuk mencuri. Anak dara dan teruna tidak lagi berani untuk berkepit kerana masing-masing malu kerana akan dipandang serong oleh masyarakat dan mereka takut kalau-kalau terjebak dengan penzinaan.

Justeru itu, lihatlah apa yang berlaku pada hari ini di Malaysia. Pembunuhan boleh dikatakan berlaku hampir setiap hari. Rogol, zina, buang anak dan sebagainya boleh dikira mengikut kiraan 'minit'. Pihak berkuasa sudah mati akal nak membasmikannya. Kenapa? Kerana mereka 'sombong'. Tidak mahu mengikuti perintah Allah. Jadi tunggulah saat kemusnahanan yang pasti akan tiba dengan lebih parah lagi.

Coretan Panjang Mengenai Pengislaman Anelka.

http://unkelhafiz.blogspot.com/



Nicolas Anelka: Islam Memberikan Kedamaian dan Ketenangan Hidup

Bagi peminat bola sepak dunia, terutama penyokong kelab Chelsea, tentu tidak asing lagi dengan nama Nicolas Anelka. Anelka adalah salah seorang penyerang yang berbahaya apabila berada di depan gawang lawan.

Anelka dikenali sebagai penyerang yang sangat produktif dalam mencipta peluang dan menjaringkan gol ke gawang lawan. Pada saingan Liga Inggeris (British Primiership League / BPL) 2008-2009 lalu, Nicolas Anelka menjadi peledak gol terbanyak dengan 22 gol. Jumlah ini lebih banyak berbanding pasangan penyerangnya di Chelsea iaitu Didier Drogba.

Nicolas Anelka dan Didier Drogba

Nicolas Anelka dan Didier Drogba merupakan pasangan penyerang yang sangat ditakuti di liga Inggeris. Kedua-duanya dikenali sebagai penyerang yang kehausan gol. Anelka merupakan antara bintang bola sepak dunia.

Di sebalik kegarangannya dalam meledakkan bola ke gawang lawan, Nicolas Anelka mempunyai sikap yang amat dingin dengan orang lain. Dia jarang tersenyum di atas padang. Kadang-kadang rakan-rakannya sering berasa serba salah jika mahu bercakap dengannya. Dirinya sangat fokus dalam permainan.

Di barisan hadapan The Blues (Chelsea), Anelka dikenali sebagai pemain yang amat tenang tetapi begitu garang di depan lawan. Dia juga seorang pemain yang tidak beremosi seperti dahulu lagi. Tidak seperti semasa dia bermain di Real Madrid, Liverpool, Manchester City, dan Arsenal. Ketika itu, lelaki kelahiran Versailles ini dikenali sebagai pemain bola sepak yang suka merajuk dan emosional.

Memeluk Islam

Kini Anelka sungguh berbeza. Anelka di kenali sebagai pemain yang tenang, tidak baran, dan tidak mempunyai masalah di dalam dan di luar padang lagi sejak bermain di Chelsea. Apa sebenarnya yang terjadi terhadap Anelka? Apa yang menyebabkan dirinya semakin bijak mengawal diri? Dalam temubual dengan sebuah media di Inggeris, ketika ditanya tentang perubahan sikapnya, Anelka menjawab dengan bersahaja.

''Islam banyak membantu saya untuk bersikap tenang, menumpukan perhatian dan mempunyai semangat yang tinggi. Saya berasa tenang menjadi seorang Muslim, sebuah agama yang amat tenang dan saya banyak belajar erti kehidpupan dari Islam,'' kata Abdul Salam Bilal Anelka, nama Muslimnya.


Franck Ribery


Sebelum ini Anelka menyembunyikan identiti keislamannya di khalayak awam. Tidak seperti rakannya Franck Ribery, pemain FC Bayern Munich yang berasal dari Perancis, yang selalu berdoa sebelum perlawanan bermula. Anelka mengambil pendirian untuk berdiam diri dan benar-benar menyembunyikan identiti Muslimnya. 

''Bagi
 saya, agama adalah hal peribadi, tidak perlu dihebohkan kepada orang ramai,'' terangnya. Namun sejak kebelakangan ini, ketika orang ramai sudah mengetahui identitinya sebagai seorang umat Islam, Nicolas Anelka tidak menafikannya. 

Bilakah Anelka memeluk Islam?

Perpindahannya
 ke kelab Turki, Fenerbahce, selepas berhijrah dari Manchester City pada tahun 2004, Anelka telah menerima hidayah untuk memeluk Islam. Pemain yang memiliki nama penuh Nicolas Sebastien Anelka ini mengumumkan secara rasmi bahawa dirinya telah menjadi seorang Muslim. 

Dilahirkan
 di Versailles, Perancis, pada 14 Mac 1979, Anelka menghabiskan masa kecilnya di Trappes iaitu sebuah bandar kecil yang terletak di pinggiran barat Paris. Sebelum menjadi seorang Muslim, Anelka adalah seorang ateis (tidak beragama). Dia juga bukan seorang penganut agama Kristian seperti yang dianggap oleh sebahagian orang ramai. Anelka dulunya benar-benar tidak mempercayai kewujudan Tuhan. Namun di waktu dirinya tidak beragama, Anelka banyak bergaul dan menjalin persahabatan dengan keluarga Muslim. Dari situlah Anelka mula tertarik dengan Islam. ''Saya sudah menjadi seorang Muslim sejak saya berusia 16 tahun,'' katanya di dalam wawancara dengan sebuah majalah Arab,Super Magazine.

Dalam temuramah Anelka bersama majalah FourFourTwo, Anelka mendedahkan alasannya mengapa dia memilih Islam. Bagi Anelka, Islam adalah cara hidup yang paling sesuai dengan dirinya. ''Saya merasa selesa dan tenang dengan agama dan hidup saya ketika ini".

Anelka semasa kanak-kanak


Menganut Islam, diakui penyerang Chelsea ini bahawa Islam banyak membawa perubahan positif di dalam hidupnya. Menurutnya, agama Islam menuntutnya untuk sentiasa bersikap rasional dan positif. Dan perkara inilah yang mempengaruhi sikap tenangnya ketika berada di atas padang. ''Islam banyak membantu saya untuk menjadi seorang yang tenang, fokus terhadap apa yang ingin dilakukan dan mempunyai semangat juang yang tinggi,'' katanya.

Dalam wawancara yang dimuatkan di dalam majalah Match, majalah yang diterbitkan di Perancis, Anelka mendedahkan bahawa Islam adalah sumber kekuatannya di dalam mahupun di luar padang. ''Saya menjalani karier dan kehidupan yang sukar sebelum ini. Saya mencari-cari kedamaian dan erti kehidupan. Dan akhirnya saya menemui Islam.''

Anelka berkahwin dengan seorang perempuan berbangsa Belgium,Barbara Tausia, pada 9 Jun 2007 di Marrakech, Maghribi. Anelka merancang untuk menetap di UAE selepas bersara nanti. Selain bermain bola sepak, Anelka juga meminati dan bermain tenis dan beliau juga pernah berlakon dalam filem berjudul ''Le boulet'' sebagai pemain bola sepak bernama Nicolas.

Tetap berpuasa

Sebagai seorang pemain bola sepak profesional dan penganut agama Islam yang taat, kewajipan berpuasa pada bulan Ramadhan tidak membebankan Anelka untuk tetap menjalankan aktivitinya di padang bola sepak. Seperti kebanyakan pemain bola sepak Muslim yang lain, Anelka tetap berusaha menjalankan ibadah puasa.

Dalam wawancara dengan majalah FourFourTwo, Anelka mendedahkan bahawa sebagai seorang Muslim yang taat, dia wajib menghormati bulan Ramadhan dengan menjalankan kewajipan puasa. ''Sebenarnya puasa bukanlah perkara yang sukar untuk dijalankan. Saya pernah melakukannya pada tahun-tahun yang lepas. Namun dalam beberapa kali Ramadhan, saya mengalami dua atau tiga kecederaan. Hanya sebab ini yang membuatkan saya tidak berpuasa.''

Bersyahadat di Fenerbache

Sejak menyatakan bahawa dirinya sudah memeluk agama Islam tahun 2004, Anelka telah mempunyai nama Islam iaitu Abdul Salam Bilal Anelka. Diyakini perpindahan Anelka kepada agama Islam ini berlaku ketika dia bermain bersama kelab gergasi Turki, Fenerbahce.

Anelka menyarung jersi Fenerbahce


Nama Anelka melonjak naik semenjak bermain untuk Arsenal. Kemudiannya Anelka berpindah ke Real Madrid tahun 1999 dengan nilai perpindahan 22.3 juta pound. Kemudian Anelka kembali lagi ke kelab asalnya, Paris Saint-Germain dengan nilai perpindahan sebanyak 20 juta pound.

Meskipun selesa di Paris, Anelka kembali ke Liga Perdana Inggeris untuk bermain dengan Liverpool dengan status pemain pinjaman. Selepas itu, dia berpindah ke Manchester City dengan nilai perpindahan 13 juta pound pada awal musim 2002-2003. Setelah bersama tiga musim dengan Manchester City, Anelka berpindah ke Fenerbahce. Di kelab Turki inilah, Anelka mengucapkan dua kalimah syahadat. Selepas itu Anelka kembali lagi ke Lige Perdana Inggeris. Anelka menyertai Bolton Wanderers yang membelinya dari Fenerbache dengan nilai perpindahan 7-8 juta pound. Kemudian pada musim 2008/2009, Anelka berpindah ke Chelsea dengan nilai 15 juta pound.

Biodata Anelka

Nama
 Penuh: Nicolas Sebastien Anelka 
Nama Muslim: Abdul Salam Bilal Anelka
Tempat Lahir: Versailles, Perancis
Tarikh Lahir: 14 Mac 1979 
Isteri: Barbara Tausia 
Kelab Sekarang ini: Chelsea FC
Masuk Islam: 2004 
Kerjaya Profesional: 
1. Paris Saint-Germain/PSG (Perancis) 
2. Arsenal (Inggeris) 
3. Liverpool (Inggeris) 
4. Real Madrid (Sepanyol) 
5. Manchester City (Inggeris)
6. Fenerbahce (Turki) 
7. Bolton Wonderes (Inggeris)