HILANG?
Allah
berfirman, "Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu
bapanya, ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah
melahirkannya dengan menanggung susah payah." (al-Ahqaf: 15)
Nabi saw. bersabda, "Redha Allah bergantung pada redha ibu bapa kamu dan murka Allah bergantung pada murka ibu bapa kamu." (HR al-Hakim)
Nabi saw. bersabda, "Sesungguhnya Allah mengharamkan ke atas kalian berbuat derhaka kepada ibu kamu". (HR Bukhari no: 5975 Kitab al-Adab)
Dari Abu Bakrah ra., Nabi saw. bertanya, "Mahukah aku beritahu kalian dosa terbesar dari dosa-dosa besar ?" (1) Mempersekutukan Allah. (2) Derhaka kepada ibu atau bapa. (3) Membuat kesaksian palsu. (HR Bukhari)
Nabi saw. bersabda, "Ada tiga orang yang tidak akan masuk syurga: 1) orang yang derhaka kepada ibu bapanya. 2) lelaki yang dayus. 3) perempuan yang menyerupai laki-laki." (HR Nasa'i, Bazzar dan Hakim)
Nabi saw. bersabda, "Semua dosa akan ditangguhkan pembalasan sampai nanti hari kiamat, kecuali derhaka kepada ibu atau bapa, maka sesungguhnya Allah akan segerakan pembalasan kepada pelakunya dalam hidupnya (di dunia) sebelum dia meninggal dunia." (HR Hakim
Nabi saw. bersabda, "Redha Allah bergantung pada redha ibu bapa kamu dan murka Allah bergantung pada murka ibu bapa kamu." (HR al-Hakim)
Nabi saw. bersabda, "Sesungguhnya Allah mengharamkan ke atas kalian berbuat derhaka kepada ibu kamu". (HR Bukhari no: 5975 Kitab al-Adab)
Dari Abu Bakrah ra., Nabi saw. bertanya, "Mahukah aku beritahu kalian dosa terbesar dari dosa-dosa besar ?" (1) Mempersekutukan Allah. (2) Derhaka kepada ibu atau bapa. (3) Membuat kesaksian palsu. (HR Bukhari)
Nabi saw. bersabda, "Ada tiga orang yang tidak akan masuk syurga: 1) orang yang derhaka kepada ibu bapanya. 2) lelaki yang dayus. 3) perempuan yang menyerupai laki-laki." (HR Nasa'i, Bazzar dan Hakim)
Nabi saw. bersabda, "Semua dosa akan ditangguhkan pembalasan sampai nanti hari kiamat, kecuali derhaka kepada ibu atau bapa, maka sesungguhnya Allah akan segerakan pembalasan kepada pelakunya dalam hidupnya (di dunia) sebelum dia meninggal dunia." (HR Hakim
Kehilangan
semamangnya sangat memedihkan,apalagi jika kita sendiri menjadi punca
terjadinya kehilangan.Apabila kita kehilangan sesuatu kita akan mempersalahkan orang lain tanpa mencari punca
masalah tersebut dari akar umbi dan
seringkali kita tidak dapat berfikiran positif jika di landa masalah walaupun
perkara kecil.Adakah kita akan cuba untuk memahami dunia kehidupan kita selepas
sesuatu masalah timbul atau kita sengaja menjerumuskan diri kita ke arah
masalah yang lebih besar lagi.Adakah perasaan cinta kepada manusia lebih
penting daripada perasaan ibubapa yang terguris.Adakah ada ucapan maaf serta
penyesalan terbit dari mulut kita apabila kita buat kesilapan.saya berpendapat
tidak ada jawapan setiap persoalan tersebut tanpa pengalaman yang menjadikanya
satu jawapan yang konkrit dan memuaskan.
Segala permasalahan
dan konflik jiwa akan timbul jika kita tidak menjadikan sejarah sebagai guru
kita dan tidak berfikiran ke depan.Adakah diri kita ini di anggap matang jika
sudah pandai berbicara tentang percintaan dan perkahwinan.Topik percintaan
selalu menjerumus remaja masakini ke arah pemikiran yang sempit dan
melalaikan.Seringkali kita mendengar berita tentang kesanggupan remaja lari
dari rumah,menipu ibu bapa dan menjadi keldai! semata-mata mahu membuktikan
cinta agung mereka!.Adakah ini belum cukup untuk kita jadikan iktibar,jangan
rasa dekat batang hidung sendiri baru tergadah!
Akhir-akhir ini banyak banyak artikel blogger dalam
internet yang saya jumpa menyokong tindakan mereka berkahwin ketika usia muda
sedangkan masih lagi belajar seolah-olah berkahwin ini hanya untuk keseronokan
semata-mata.
Rata-ratanya memberikan alasan UNTUK MENGELAKKAN MAKSIAT. Yang GATAL
sangat buat maksiat tu sIapa suruh???
Cuba pergi ke mana-mana mahkamah syariah, fakta menggerunkan apabila
statistik kini menunjukkan ramai MUDA MUDI yang muda belia bercerai sedangkan
perkahwinan mereka tak sampai pun 2 tahun, kekadang
si isteri sedang sarat mengandung membawa perut yang semakin membesar tetapi turun naik mahkamah urus penceraian. Jumlah
yang bercerai hampir sama banyak dengan jumlah yang baru berkahwin.
Sebanyak 28,035 pasangan bercerai sepanjang 2010,statistik itu bermakna
77 kes perceraian sehari atau 3 kes bagi setiap jam didaftarkan di Malaysia
berbanding 135,548 pasangan yang berkahwin tahun 2010 (tahun perkahwinan
penulis sendiri..:) ).Angka itu mencatatkan peningkatan 144 kes berbanding
27,891 pasangan yang bercerai sepanjang 2009 dan angka itu akan meningkat
setiap hari!.Mencegah lebih baik daripada mengubati... Cuba fikir apakah
faktornya???Faktor masalah
kewangan mencatatkan statistik paling
tertinggi berbanding faktor-faktor lain.
Cuma apa yang bermain dengan fikiran saya, adakah mereka sudah mampu
untuk memikul tanggungjawab sebagai suami isteri dan ibubapa dalam masa
terdekat, masih muda belia malah masih lagi belajar??? Alasan yang selalu diberikan,
"SELEPAS KAHWIN NANTI ALLAH AKAN CUKUPKAN SEGALANYA REZEKI AKAN
BERTAMBAH". Confident lagi tu bila mereka bercakap sedemikian kerana
insyaAllah Allah akan berikan rezeki semasa kahwin tetapi belum tentu dalam
bentuk harta benda, mungkin juga dalam bentuk kebahagiaan atau bilangan anak
yang ramai walaupun hidup dalam kedaifan lantaran usaha suami isteri muda yang
cuma sekelumit tetapi mengharapkan kemewahan duniawi sebesar gunung. Mereka
dalam golongan ini dilabelkan sebagai manusia yang "Sombong dengan
Allah", kerana mereka cuma
bergantung harap kepada Allah sedangkan usaha
mereka tidak setimpal dengan kemahuan.
Jika sebelum kahwin, mereka cakap mereka yakin yang rezeki akan
dikurniakan Allah tetapi selepas berkahwin, bila ditanya mengapa mereka belum ada cahaya mata, mereka akan jawab mereka masih
merancang keluarga kerana belum bersedia menerima cahaya mata lagi lantaran
masalah kewangan dan masih belajar. (Orang
macam ni pun ada, tadi cakap Allah akan kurniakan rezeki selepas kahwin???).
Saya tidak mempunyai kuasa untuk menghalang takdir Allah,saya akui setiap
manusia mempunyai perasaan untuk menyayangi serta disayangi sesama manusia. Jangan sampai perasaan itu membelakangkan
keluarga kita sendiri,jangan biarkan hidup kita sentiasa bergolak di
sebabkan masalah yang kita timbulkan sendiri. Selagi kita belum mempunyai
ikatan perkahwinan,orang tua adalah tulang belakang kita, bukannya boyfriend
atau kawan rapat.
Saya akui kematangan
seseorang itu tidak boleh di ukur dengan melihat setinggi mana pencapaian
akademiknya tetapi melalui pengalaman hidupnya. Kenapa harus kita
membantah nasihat orang yang lebih tua daripada kita sedangkan mereka telah
melalui pengalaman hidup yang lebih panjang dan penuh liku berbanding kita. Selalu
kita persoalkan apa sumbangan/pengorbanan orang tua kita terhadap diri kita sendiri
tetapi tidak pernah terlintas pun dalam hati apakah pengorbanan kita terhadap
orang tua kita! Kita hanya mahu dimengerti tetapi diri sendiri tidak
mengerti!
Jangan hidup dalam kelalaian
dan penyesalan dikemudian hari!
I’m lost my word..:)