semut-semut yang prihatin

semut-semut yang prihatin
semut-semut yang prihatin

Rabu, 9 Januari 2013

Pembohongan Syiah Di Dalam Sejarah Islam.

http://unkelhafiz.blogspot.com/




PENGENALAN


Ulamak ilmu jarh wa ta'dil (penilaian keadilan perawi hadith) telah bersetuju secara keseluruhannya bahawa fenomena pembohongan di kalangan syiah adalah lebih menonjol dan ketara berbanding dengan kelompok-kelompok yang lain. Kitab-kitab ilmu jarh wa ta'dil yang masyhur seperti kitab-kitab Imam Bukhari, Ibnu 'Adi, Ibnu Mu'ien, Ad-Daruquthni dan lain-lain penulisan mereka yang berikhtisaskan hal ehwal sanad periwayatan, secara nyata membuat kesimpulan bahawa, pembohongan oleh syiah adalah yang paling banyak di kalangan ahli qiblat. Bahkan muncul pepatah yang berbunyi 'lebih pembohong dari rafidhi (syiah)' sebagai mengisyaratkan kepada betapa seseorang itu sangat kuat berdusta.


Sebagai contoh, Abu Muawiyah Ad-Dharir Al-Kufi berkata, aku telah mendengar Al-A'masy menyebut, "...aku telah menemui orang ramai dan tidaklah mereka menamakan syiah itu melainkan sebagai para pendusta." (lihat : Minhaj As-Sunnah oleh Ibnu Taimiyah juzuk 1 ms. 16). Al-Khatib Al-Baghdadi juga pernah meriwayatkan dengan sanad kepada Ibnu Al-Mubarak, beliau berkata, "Abu 'Ismah telah bertanya kepada Abu Hanifah : daripada siapakah kamu memerintahkan aku supaya mendengar (untuk mengambil dan meriwayatkan hadith)?" Abu Hanifah menjawab, "Daripada setiap mereka yang adil pada hawa nafsunya melainkan syiah, kerana sesungguhnya usul aqidah mereka adalah menghukum sesat para sahabat Muhammad SAW". (lihat : Al-Kifayah fi 'Ilmi Ar-Riwayah oleh Al-Khatib Al-Baghdadi ms. 203).


Bahkan Hamad bin Salamah telah berkata, "telah berkata syeikh mereka (syiah) bahawa: Sesungguhnya jika kami berkumpul, kami akan memperelokkan satu-satu riwayat dan kemudian kami jadikan ia sebagai hadith!" (lihat:Minhaj As-Sunnah oleh Ibnu Taimiyah juzuk 1 ms. 16). Selain itu, Yunus bin Abdul A'la telah berkata, "Asyhab telah berkata: Imam Malik telah ditanya pendapatnya mengenai syiah rafidhah". Imam Malik menjawab, "janganlah kamu bercakap dengan mereka dan jangan meriwayatkan apa-apa dari mereka. Sesungguhnya mereka itu adalah pendusta." (lihat: Al-Muntaqa oleh Adz-Dzahabi, ms. 21). Harmalah juga pernah bekata, "aku mendengar Imam Asy-Syafie berkata: aku tidak pernah melihat seseorang membuat kesaksian palsu selain daripada syiah ar-rafidhah". (lihat : Al-Kifayah fi 'Ilmi Ar-Riwayah oleh Al-Khatib Al-Baghdadi ms. 202).


Lebih jauh daripada itu, syiah telah menjadikan pendustaan sebagai syiar mereka lalu diimejkan jenayah itu dengan imej keagamaan dengan menamakannya sebagai 'Taqiyyah'. Misalnya mereka berkata, "Tiada iman bagi sesiapa yang tidak bertaqiyyah" Kalam ini mereka nisbahkan kepada Muhammad Al-Baqir sebagai pengkhianatan dan pencelaan ke atas Al-Baqir. (lihat: Al-Kafi fil Usul oleh Al-Kulaini, bab At-Taqiyyah juzuk 2 ms. 19).




Pembohongan syiah bukan sahaja mendapat komentar oleh para ulamak hadith dan lain-lainnya, bahkan turut diulas oleh Saidina Ali RA dan para Alul Bayt sendiri. Misalnya, Abu Amr Al-Kasyi menyebut di dalam kitab Ar-Rijal, "Abu Abdillah (iaitu Jaafar As-Sadiq) telah berkata: sesungguhnya kami Alul Bayt adalah orang-orang yang benar, tetapi kami tidak bebas dari terkena pendustaan ke atas kami. Lantas kebenaran kami telah gugur disebabkan oleh pendustaan mereka ke atas kami di kalangan manusia. Rasulullah SAW adalah sebenar-benar insan tetapi Musailamah telah mendustainya, Amirul Mu'minin Ali bin Abi Thalib adalah orang benar selepas Rasulullah SAW dengan kesaksian daripada Allah tetapi dia telah didustakan oleh Abdullah bin Saba' -Laknatullah 'Alaih-. Manakala Abu Abdillah Al-Husein bin Ali pula telah ditimpa bencana Al-Mukhtar (Ats-Tsaqafi). ..Manakala Ali bin Al-Husein pula telah didustakan oleh Abdullah bin Al-Harith Asy-Syami dan Bannan... begitu juga dengan Al-Mughirah bin Said serta As-Sirriey dan Abu Al-Khattab..." Lantas beliau menyambung, "... laknat Allah ke atas mereka semua, dan kami juga tidak terlepas dari didustakan oleh pendusta. Cukuplah Allah (sebagai pelindung kami) dari bencana sekalian pendusta, semoga Allah merasakan ke atas mereka kepanasan besi yang terbakar". (lihat: Ar-Rijal oleh Al-Kasyi ms. 257).


Sesungguhnya golongan syiah telah mencipta banyak hadith dan riwayat palsu yang bertepatan dengan kehendak hawa nafsu mereka sebagaimana mereka mencipta hadith palsu di dalam bab kelebihan Ali dan Alul Bayt. Mereka juga mencipta banyak nas palsu untuk mencela pada sahabat RA khususnya Abu Bakar RA dan Umar Al-Khattab RA. (lihat contohnya di dalam Syarh Nahjil Balaghah oleh Ibnu Abi Al-Haddad, juzuk 2 ms.135). 

Syiah juga mencipta hadith palsu untuk menghina Muawiyah RA. Satu contoh mudah adalah hadith yang dinisbahkan kepada Rasulullah SAW kononnya Baginda berkata, "jika kamu melihat Muawiyah di atas mimbarku, maka bunuhlah dia" (lihat: Al-Alie' Al-Masnu'ah fi Al-Ahadith Al-Maudhu'ah oleh As-Sayuti, juzuk 1 ms. 323) Bukan sahaja di dalam membahaskan tentang Ali RA dan Muawiyah RA, bahkan syiah juga mencipta banyak pembohongan terhadap para sahabat RA yang lain. Jika mereka berani untuk mendustakan Nabi SAW maka seudah tentulah pembohongan ke atas selain Baginda itu jauh lebih mudah bagi mereka.




Penulisan Ibnu Taimiyah di dalam kitabnya Minhaj As-Sunnah adalah di antara penulisan yang paling baik di dalam proses mendedah dan menyingkap perancangan dan taktik syiah merosakkan kesucian Islam di dalam masalah aqidah, hadith, fiqh dan sejarah. Katanya, "... sesungguhnya ahli ilmu telah bersepakat dengan naqal,, riwayat dan isnad bahawa syiah itu adalah sedusta-dusta kaum, pembohongan di kalangan mereka telah begitu lama, dan sebab itulah para imam dan ulamak Islam mengenali mereka sebagai kelompok yang beridentitikan 'kaki dusta'" (lihat: Minhaj As-Sunnah oleh Ibnu Taimiyah juzuk 1 ms. 16).


Jika dibuat penelitian terhadap riwayat-riwayat yang dipelopori oleh syiah, kita akan menemui kesimpulan bahawa golongan ini tidak pernah memperincikan hadith- hadith mereka kepada soal amanah, 'adalahAsy-Syiah fi 'Aqa'idihim wa Ahkamihim oleh Amir Muhammad Al-Kadzimi Al-Qazwini ms. 6, dinaqalkan dari Wa Jaa'a Daurul Majus oleh Dr. Abdullah Al-Gharib ms. 121) (keadilan perawi) dan penjagaan serta hafalan. Kitab-kitab muktabar mereka seperti Al-Kafi dan sebagainya, penuh dengan riwayat-riwayat yang disanadkan kepada sedusta-dusta perawi. Ini adalah kerana, pertimbangan kesahihan riwayat mereka hanyalah berpaksikan kepada sikap taasub, hawa nafsu dan kebencian mereka terhadap kepimpinan dan ulamak Islam. Jelas sekali mereka tidak menerima riwayat melainkan ia dibawa oleh perawi yang semazhab dengan mereka, iaitu cukup dengan kedudukan perawi itu seorang syi'e imami. Tidak menjadi soal sama ada perawi itu seorang yang teliti atau lalai, benar atau pembohong, mereka tidak menilai riwayat-riwayat dengan satu kaedah ilmiah sebagaimana yang kita lihat di kalangan ulamak Ahli Sunnah Wal Jamaah. Kaedah ini adalah intisari terpeliharanya ajaran Islam bahkan dikagumi oleh pengkaji- pengkaji barat seperti Margolioth dan lain-lain. Seringkali apabila ditanya siapakah perawi hadith ini, syiah akan menjawab, ia diriwayatkan oleh Al-Husein, Al-Baqir atau Musa Al-Kadzim... maka muktamadlah ia. (lihat:


Ibnu Taimiyah ketika membantah dakwaan Ibnu al-Muthahhar Al-Hulliy Ar-Rafidhi yang mendakwa di dalam kitabnyaMinhaj Al-Karamah bahawa perawi-perawi syiah adalah tsiqah, beliau berkata,


".. Kami (ahli sunnah dan hadith) mengkritik perawi-perawi kami dari kalangan ahli sunnah tanpa membuat sebarang penambahan. Kami mempunyai tulisan yang banyak sekali untuk menilai sama ada mereka adil atau dhaif, benar atau lalai, dusta atau keliru. Kami tidak menyokong mereka secara batil sebagai usul walaupun dengan kesalehan dan keelokan ibadat mereka. Bahkan kami menggugurkan periwayatan mereka sebagai hujah sekiranya mereka banyak melakukan kesilapan di dalam meriwayatkan hadith dan lemah ingatan walaupun mereka itu terdiri daripada wali-wali Allah. Sedangkan kalian (syiah) menetapkan seorang perawi itu sebagai tsiqah (berkepercayaan) hanya kerana dia seorang syiah imami, tanpa mengira dia itu seorang yang pelupa atau kuat ingatan, berdusta atau bercakap benar. Dengan itu penuhlah di tangan kalian berita dan khabar lisan kalian yang berdusta atau tidak diketahui kesahihannya. Sama perihalnya dengan Ahli Kitab Yahudi dan Kristian dengan pendustaan syiah Ar-Rafidhah sebagai perbandingan..."

"... Kami mengetahui bahawa Khawarij itu lebih jahat daripada kalian, tetapi walaupun begitu kami tidak menuduh mereka sebagai pendusta. Ini adalah kerana kami telah  pun menguji mereka dan jelasnya mereka itu bercakap benar. Maka bagi mereka itu apa yang benar dan ke atas merekalah kesalahan-kesalahan yang dilakukan.Sedangkan di sisi kalian, yang benar itu dianggap seperti titik hitam yang keji...! Sedangkan Ahli Sunnah dan Hadith tidak merestui pembohongan walaupun ia boleh memberikan keuntungan pada hawa nafsu. Lihat sahaja berapa banyak riwayat mengenai kelebihan Abu Bakar, Umar, Uthman bahkan Muawiyah serta yang lain-lainnya di dalam hadith-hadith yang sanadnya diriwayatkan oleh  An-Naqqasy, Al-Qathi'ie, Ats-Tsa'labi, Al-Ahwazi, Abi Naiem, Al-Khatib, Ibnu Asakir dan lain-lainnya. Akan tetapi ulamak hadith tidak menerima sekiranya ada keterangan tentang berlakunya pendustaan di dalamnya bahkan jika pada isnad hadith itu ada sahaja seorang perawi majhul yang tidak diketahui perihalnya, maka hadith itu ditangguhkan penerimaannya. Sedangkan kalian (syiah) hanya mensyaratkan hadith di sisi kalian bahawa ia bertepatan dengan hawa nafsu biarpun ia umpama daging yang busuk mahupun lemak!" (lihat Al-Muntaqa oleh Adz-Dzahabi ms. 480)



Ketika mengulas tentang syiah, Ibnu Qayyim Al-Jauziyah menyatakan, "Manakala Ali bin Abi Thalib, hukum hakam dan fatwanya begitu tersebar sekali. Akan tetapi, semoga Allah membinasakan syiah, mereka telah merosakkan banyak daripada ilmunya (Ali bin Abi Thalib) dengan melakukan pendustaan ke atas beliau. Oleh yang demikianlah, anda dapati kebanyakan ashabul hadith dan ahlus sahih tidak berpegang kepada hadith dan fatwa Ali bin Abi Thalib melainkan jika ia datang melalui periwayatan Ahli Baytnya dan pengikut Abdullah bin Mas'ud." (lihat : 'A'lam Al-Muwaqqi'ien oleh Ibnu Qayyim Al-Jauziyah, juzuk 1 ms. 21)


Jelaslah kelihatan di dalam pengamatan kita, bahawa kebanyakan riwayat yang wujud mencela khilafah Amirul Mu'minin Uthman bin Affan RA. adalah daripada golongan syiah. Mereka tidak meriwayatkan berita-berita tentang peristiwa berkenaan daripada perawi yang menyaksikan kejadiannya, bahkan hanya mendengar daripada yang mendengar, berdusta dari yang berdusta. Dalam banyak keadaan juga, seorang perawi banyak meriwayatkan kejadian yang berlaku berpuluh tahun sebelum itu.


Berikut adalah pendapat para ulamak jarh wa ta'dil berhubung dengan beberapa orang perawi syiah terkemuka. Mereka adalah di antara pemilik riwayat-riwayat yang terdapat di dalam kitab sejarah yang utama seperi kitabTarikh Ar-Rusul wal Muluk oleh Imam At-Thabari. Merekalah juga tokoh ahli akhbar (akhbariyyin) yang paling banyak menyumbang riwayat berhubung dengan fitnah yang berlaku di zaman Saidina Uthman dan Ali RA. Riwayat-riwayat berkenaan memperlihatkan pengolahan kisah dengan gambaran khusus untuk mereka menyebarkan propaganda syiah di awal-awal terasasnya sejarah Islam, selepas mereka menipu ramai manusia atas nama agama dan kecintaan kepada Alul Bayt!


Kita kemukakan tiga contoh perawi syiah yang merupakan antara perawi yang wujud di dalam periwayatan Tarikh At-Thabari. Penjelasan ini bertujuan untuk memperlihatkan  bagaimana mudarat yang telah syiah lakukan terhadap sejarah Islam. Mereka yang mahu melanjutkan pengetahun berhubung dengan perawi-perawi syiah, kitab-kitab ilmujarh wa-ta'dil mempunyai banyak catatan berhubung dengan mereka. Bahkan terdapat juga buku yang mengumpulkan maklumat berhubung dengan perawi syiah secara khusus. Misalnya kitab Rijal Asy-Syiah fil Mizanoleh Abdul Rahman Abdullah Az-Zar'ie, cetakan Darul Arqam, Kuwait.




Abu Hatim berkata mengenainya : matruk (ditinggalkan -yakni tidak diambil periwayatannya). Ad-Darulquthnidhaif(lemah). Ibnu Mu'ien berkata: dia itu tidak dipercayai dan tidak mempunyai sebarang nilai.. Ibnu 'Adie mengatakan bahawa beliau ini syiah pekat yang menjadi tuan punya kisah-kisah (akhbar) kaum itu. Adz-Dzahabi mengatakan bahawa beliau seorang ikhbari (ahli akhbar) yang cuai dengan periwayatannya serta tidak dipercayai. pula mengatakan bahawa beliau




Imam Ahmad bin Hanbal berkata: Sesungguhnya beliau adalah pemilik hikayat-hikayat malam (samar) dan perihal nasab. Padaku tidaklah ada seorang pun yang mengambil hadith daripadanya. Ad-Darulquthni pula memberi komentar bahawa Al-Kalbi ini matrukIbnu Asakir mengatakan bahawa beliau ini syiah rafidhie yang tidak boleh dipercayai. Al-'Uqaili mengatakan bahawa padanya ada kelemahan (dari segi jarh wa ta'dil). Ibnu Al-Jarud dan Ibnu As-Sakan menyenaraikan Al-Kalbi di dalam kitab Ad-Dhu'afa (perawi-perawi yang dhaif) mereka. Al-Kalbi juga dicela oleh Al-Asma'ani.  Ibnu Hibban juga mengatakan bahawa beliau meriwayatkan daripada bapanya yang mana mereka berdua terkenal dengan kisah-kisah karut dan akhbar yang tidak diketahui asal-usulnya. Juga sangat melampau di dalam berpegang dengan mazhab syiahnya.. Ibnu Mu'ien berkata: beliau itu seorang yang tidak dipercayai, pendusta dan sering tercicir di dalam periwayatannya. Ibnu 'Adie berkata: Hisham Al-Kalbi itu lebih terkenal dengan hikayat-hikayat malam (samar) dan setahu aku tidaklah ia mempunyai sebarang musnad bahkan  bapanya juga adalah al-kazzabAdz-Dzahabi pula memberi komen: Hisham itu tidak boleh dipercayai. (sangat pendusta).




Ibnu Mu'ien berkata : Jabir itu seorang yang sangat pendusta, hadithnya tidak ditulis dan tiada kemuliaan baginya.Zaidah bin Qudamah Ats-Tsaqafi Al-Kufi berkata : sesungguhnya Al-Ju'fie itu demi Allah seorang seorang yang sangat pendusta dan beriman dengan akidah Ar-Raj'ahAbu Hanifah pula menyebut : Di kalangan orang yang pernah aku temui, tiadalah yang lebih pendusta dari Jabir Al-Ju'fie. Tidaklah aku berikan dia satu-satu pendapatku melainkan ia akan mendatangiku dengan sesuatu yang telah ia lakukan kepada pendapatku. An-Nasa'ie berkata :matrukAbu Daud pula berkata : Tiadalah sebarang kekuatan pada hadithnya (Al-Ju'fie) di sisiku. Asy-Syafieberkata :  Aku mendengar Sufian bin Uyainah berkata: Aku mendengar kalam Jabir Al-Ju'fie lantas aku segera menyembunyikan diri kerana bimbang kami akan ditimpa oleh bumbung! Yahya bin Ya'la pula menyebut : Aku mendengar Zaidah Ats-Tsaqafi Al-Kufi berkata : Jabir A-Ju'fie itu seorang syiah Ar-Rafidhie yang mencaci sahabat-sahabat Nabi SAW. Ibnu Hibban pula memberikan komentarnya : Beliau (Al-Ju'fie) itu adalah saba'ie pengikut Abdullah bin Saba'. Beliau mempercayai bahawa Ali itu akan kembali ke dunia. Al-Jourjanie berkata : Beliau itu sangat pendusta.




Ketiga-tiga perawi tadi adalah pemegang kepada riwayat-riwayat utama berhubung dengan peristiwa fitnah di zaman Saidina Uthman RA yang terdapat di dalam kitab Tarikh Al-Umam War-Rusul oleh Imam At-Thabari. Merekalah yang bertanggungjawab terhadap riwayat-riwayat dusta yang memburuk-burukkan para sahabat Rasulullah SAW seperti Uthman bin Affan RA., Aishah RA. dan Muawiyah bin Abi Sufian RA. Kefahaman umat Islam terhadap beberapa peristiwa getir di zaman itu seperti Perang Jamal dan Siffin, Majlis Tahkim, pembunuhan Husein RA dan sebagainya, juga dicemari dengan riwayat-riwayat para pembohong seperti perawi yang telah kita sebutkan di atas.   Oleh yang demikian, amat penting bagi kita untuk membuat penilaian semula terhadap Sejarah Islam yang kita fahami selama ini. Mana-mana riwayat yang didapati bercanggah dengan kedudukan para Sahabat RA dan Baginda SAW sendiri, hendaklah dikaji semula dan dinilai berdasarkan kedudukan perawi yang meriwayatkannya.


Ini adalah anjuran Imam At-Thabari sendiri sebagaimana yang beliau nyatakan di dalam muqaddimah kitabnyaTarikh Al-Umam wal Muluk (Tarikh At-Thabari) yang masyhur itu; bahawa kesahihan riwayat-riwayat yang dikemukakannya hendaklah ditentukan dengan menilai sanad yang beliau sertakan pada hampir setiap riwayat. Janganlah nanti kerana menganggap kitab Tarikh At-Thabari itu muktabar, maka kita mengabaikan kaedah yang disyaratkan kepada mereka yang ingin mengambil manfaat daripada penulisannya itu. Sesungguhnya  semua ini berhajatkan kepada disiplin ilmu yang tinggi, maka janganlah nanti ada pula yang mencabuli kebenaran yang menjadi hak Allah tanpa ilmu pengetahuan yang nyata. Allah SWT berfirman:


"Dan ada di antara manusia yang membantah perkara-perkara yang berhubung dengan Allah SWT, tidak berdasarkan sebarang pengetahuan, dan ia menurut tiap-tiap syaitan yang telah sebati dengan kejahatan." (Al-Hajj 22 : 3)
FirmanNya lagi:

"Dan ada di antara manusia yang membantah perkara-perkara yang berhubung dengan Allah SWT dengan tidak berdasarkan sebarang pengetahuan, dan tidak berdasarkan sebarang keterangan atau Kitab ALlah yang menerangi kebenaran. Ia membantah sambil memalingkan sebelah badannya dengan sombong angkuh sehingga menghalang dirinya dan orang lain dari jalan agama Allah; ia akan beroleh kehinaan di dunia dan Kami akan merasakannya azab membakar pada hari kiamat kelak" (Al-Hajj 22 : 8-9)





Artikel ini diterjemah dan disunting berdasarkan tesis PhD Dr. Muhammad Amahzun bertajuk "Tahqiq Mawaqif As-Sahabah fil Fitnah min Riwayat Al-Imam At-Thabari wal Muhaddithin" yang diterbitkan dalam bentuk buku oleh Dar At-Thayyibah lin Nasyr wat Tauzi', Riyadh.
Disusun Oleh Hasrizal Abdul JamilBA (Hons) SHARIA Mu'tah University, Jordan