semut-semut yang prihatin

semut-semut yang prihatin
semut-semut yang prihatin

Sabtu, 23 Februari 2013

kinosusuonku..(hari lahirku)

http://unkelhafiz.blogspot.com/


Bismillahirrahmanirrahim..

Terima kasih Ya Allah untuk usia yang telah Engkau berikan. Terima kasih juga untuk setiap rezeki yang Engkau kurniakan. Terima kasih untuk setiap cubaan yang Engkau turunkan.Terima kasih untuk bakat dan ilham yang Engkau anugerahkan. Sesungguhnya terlalu banyak yang telah Engkau berikan kepadaku…dan terlalu sedikit pengabdianku terhadapMu.
Engkau tetap menerima walau terkadang aku alpa, aku lupa, aku tersilap dan khilaf menafsir makna setiap kurniaan dan dugaan. Namun begitu besar kasihMu…Engkau tetap melindungi aku walaupun terkadang aku kalut merungut ketika saat-saat lemahku datang.Aku tidak pernah menafikan hakMu sebagai Khaliq walaupun terkadang aku terbuai dengan kesedihan dan kesakitan yang amat pedih.
Ampunkan aku Ya Allah pabila aku merintih nasibku di hadapanMu. Kalau bukan kepadaMu, kepada siapa lagi harus ku mengadu? Aku tidak pernah menyesali kewujudanku ini Ya Allah…namun aku hanyalah hambaMu yg dhaif dan lemah. Adakalanya aku kurang kesabaran. Ada masanya aku goyah keimanan. Ada masanya aku hampir terikut bisikan syaitan. Namun dengan limpahan kasih sayangMu, Engkau menarikku kembali jauh daripada kesesatan.
Dalam usia begini…aku ingin menjadi lebih dekat padaMu Ya Rahman. Dalam usia yang makin jauh ini…aku ingin lebih merinduiMu Ya Rahiim. Dalam usia meniti senja ini…aku ingin sekali menyambut panggilan KaabahMu Ya Al Malik.Dalam usia ubanan ini yang ku inginkan hanyalah ketenangan, kekusyukan beribadah, segala kesederhanaan dan kerendahan hati tanpa berhenti menghulur kasih pada yang sudi.
Ya Muhaimin…pimpinlah tangan hambaMu ini…pimpinlah hati hambaMu ini…pimpinlah langkah hambaMu ini akan sentiasa berpijak di atas jalan kebenaran. Ya Al Quddus… sebagai hambaMu yang hina dina, aku takkan mungkin mencapai sempurna, tapi kasihanilah aku… bimbinglah aku sentiasa agar aku mampu meniti titian siratulmustakimMu dengan tenang dan mudah tanpa cela.
Ya Al Hakiim…berikanlah ilham kepadaku agar aku mampu terus berkarya Agar aku terus mampu memberikan sedikit ikhtibar dan dakwah dengan caraku. Hulurkan kepadaku bijaksana agar aku mampu terus memacu kalam keinsanan sehingga tiba masanya Engkau menjemputku pergi.
Terima kasih Ya Allah atas segala takdir yang telah Engkau tentukan untukku. Engkaulah Ya Maha Besar… peliharalah aku  ini agar terus berpegang teguh pada taliMu.
Terimalah permohonan hambaMu yang sedang bermusafir di bumiMu ini Ya Al Mudzill.
Amin Ya Rabbul Alamin.



Syukur Alhamdullilah masih diberi kesempatan untuk menikmati kehidupan di bumi Allah sehingga sekarang..
walaupun kita telah di kejutkan dengan pencerobohan di Lahad Datu,tapi kita kena teruskan kehidupan kita dan jangan lupa ambil langkah untuk berjaga2..
Kesempatan ini saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Ibu bapa saya kerana melahirkan serta membesarkan saya,kepada guru-guru Tadika Kemas Kinasaraban,S.K Kundasang,S.M.K Kundasang dan S.M.K Telupid terima kasih sebab memberi tunjuk ajar.Mungkin saya tidak akan berada di sini jika tanpa tunjuk ajar daripada cikgu2.Kepada majikan saya,terima kasih banyak2.Kepada kawan2,terima kasih sebab sentiasa berkerjasama dan kepada isteri,terima kasih sebab sentiasa menjadi tulang belakang saya.
                                        kawan-kawan sekerja

Terima kasih kepada semua sahabat Facebook yang mengucapkan dan mendoakan sempena hari lahirku yang ke-30.tidak lupa juga kepada semua kawan2 yang berada dalam group http://www.facebook.com/groups/kg.kinasaraban/.

                                         isteri tersayang..terima kasih dengan sambutan hari lahir.
                                         LOVE U SO MUCH...





Sabtu, 16 Februari 2013

Cara Membaiki Selipar Jepun Putus Ketika "Emergency"

http://unkelhafiz.blogspot.com/


INFO : Cara Membaiki Selipar Jepun Putus Ketika "Emergency" (12 Gambar)

#Tips darurat! Enjoy dan selamat mencuba.













CARA NAK SELESAIKANNYA DENGAN CEPAT DAN MUDAH
Guna straw OK.

sebelum sambung jalan boleh terus repair untuk sementara beli yg baru. Kalau nak pakai sampai straw ni putus boleh juga.

Cara-caranya:

1. pilih straw ikut suka hati korang. Warna yang sesuai dengan selipar lebih baik.


Selipar ni sesuai ngan straw ni. tak perasan pun kalau pakai.


2. Lipat straw macam ni


3. Lepas tu ikatkan sehingga membentuk simpul seperti ini:





4. Kalau ada gunting (bole pinjam kat mapley kalau dok lepak kat mapley), boleh ditambah cara ni. Kasi gunting itu straw lain, sama ukuran dgn straw yg dijadikan tempat untuk kaki kita sepitkan.



5. Masukkan straw yg dipotong ke straw yang siap disimpul
6.Masukkan straw tadi ke lubang tempat straw yang tuan jadikan sebagai tempat kaki nak disepitkan nanti.





7. Akhir sekali, straw dibentuk seperti gambar di bawah ni.Caranya seperti ikatan biasa, nanti jadinya berbentuk camni untuk matikannya.




8. Siap, selipar korang yang putus, boleh pakai balik.


sumber:http://penpatah.blogspot.com/2013/02/info-cara-membaiki-selipar-jepun-putus.html

Sejarah : Ibnu Al-Haitam, Pencipta Kamera Pertama Di Dunia

http://unkelhafiz.blogspot.com/

Sejarah : Ibnu Al-Haitam, Pencipta Kamera Pertama Di Dunia 



Akhbar terkemuka di UK, The Independent pada edisi 11 Mac 2006 pernah menyiarkan sebuah artikel yang sangat menarik bertajuk ”Bagaimana para perekacipta Muslim mengubah dunia.” Akhbar tersebut menyenaraikan sekitar 20 penemuan penting yang mampu mengubah peradaban umat manusia, salah satunya adalah penciptaan kamera obscura.

Kamera merupakan salah satu penemuan penting yang dicapai umat manusia.Melalui bidikan kamera, manusia dapat merakam dan mengabadikan pelbagai bentuk gambar mulai dari sel manusia hingga galaksi di luar angkasa. Teknologi pembuatan kamera, kini dikuasai peradaban Barat serta Jepun. Sehingga, ramai antara kita meyakini kamera berasal dari peradaban Barat.

Jauh sebelum masyarakat Barat menemukannya, prinsip-prinsip dasar pembuatan kamera telah dicetuskan seorang sarjana Muslim sekitar 1000 tahun lalu. Peletak prinsip kerja kamera itu adalah seorang saintis legenda Muslim bernama Ibnu al-Haitham. Pada akhir abad ke-10 M, al-Haitham berjaya menemui sebuah kamera obscura. Itulah salah satu karya al-Haitham yang paling monumental. Penemuan itu dilakukan al-Haithan bersama Kamaluddin al-Farisi. Kedua-duanya berjaya meneliti dan merakam fenomena kamera obscura. Penemuan itu berawal ketika kedua mereka mempelajari gerhana matahari.

Untuk mempelajari fenomena gerhana, Al-Haitham membuat lubang kecil pada dinding yang memungkinkan citra matahari semi-nyata ditumpukan melalui permukaan datar.

Kajian ilmu optik berupa kamera obscura itulah yang mendasari fungsi kamera yang ketika ini digunakan umat manusia. Mengikut kamus Webster, fenomena ini secara harfiah diertikan sebagai ”ruang gelap”. Biasanya bentuknya berupa kertas kardus dengan lubang kecil untuk masuknya cahaya. Teori yang dipecahkan Al-Haitham itu telah mengilhami penemuan film yang kemudiannya disambung-sambung dan dimainkan kepada para penonton.



“Kamera obscura pertama kali dibuat ilmuwan Muslim, Abu Ali Al-Hasan Ibnu al-Haitham, yang lahir di Basra (965-1039 M),” ungkap Nicholas J Wade dan Stanley Finger dalam karyanya berjudul The eye as an optical instrument: from camera obscura to Helmholtz’s perspective.

Dunia mengenal al-Haitham sebagai perintis di bidang optik yang terkenal melalui bukunya bertajuk Kitab al-Manazir (Buku optik). Untuk membuktikan teori-teori dalam bukunya itu, beliau menyusun Al-Bayt Al-Muzlim atau lebih dikenali dengan sebutan kamera obscura, atau kamar gelap.




Bradley Steffens dalam karyanya berjudul Ibn al-Haytham: First Scientist mengungkapkan bahawa Kitab al-Manazir merupakan buku pertama yang menjelaskan prinsip kerja kamera obscura. “Dia merupakan ilmuwan pertama yang berjaya menumpukan seluruh gambar dari luar rumah ke dalam gambar dengan kamera obscura,” papar Bradley.

Istilah kamera obscura yang ditemukan al-Haitham kemudiannya diperkenalkan di Barat sekitar abad ke-16 Masihi, iaitu sekitar 5 abad setelah penemuan kamera obscura, Cardano Geronimo (1501 -1576), yang terpengaruh pemikiran al-Haitham mulai mengganti lubang bidik lensa dengan lensa (camera).

Setelah itu, penggunaan lensa pada kamera obscura juga dilakukan Giovanni Batista della Porta (1535-1615 M). Ada pula yang menyebutkan bahawa istilah kamera obscura yang ditemukan al-Haitham pertama kali diperkenalkan di Barat oleh Joseph Kepler (1571 – 1630 M). Kepler meningkatkan fungsi kamera itu dengan menggunakan lensa negatif di belakang lensa positif, sehingga dapat memperbesar gambar (prinsip digunakan dalam dunia lensa foto jarak jauh modern).

Setelah itu, Robert Boyle (1627-1691 M), mulai menyusun kamera yang berbentuk kecil, tanpa kabel, jenisnya kotak kamera obscura pada 1665 M. Setelah 900 tahun dari penemuan al-Haitham pelat-pelat foto pertama kali digunakan secara kekal untuk menangkap gambar yang dihasilkan oleh kamera obscura. Foto kekal pertama diambil oleh Joseph Nicephore Niepce di Perancis pada 1827.



Tahun 1855, Roger Fenton menggunakan plat kaca negatif untuk mengambil gambar dari tentera Inggeris ketika Perang Crimean. Dia mengembangkan plat-plat dalam perjalanan kamar gelapnya . Tahun 1888, George Eastman mengembangkan prinsip kerja kamera obscura ciptaan al-Hitham dengan baik sekali. Eastman menciptakan kamera kodak. Sejak itulah, kamera terus berubah mengikuti perkembangan teknologi.






gambar kekal pertama yang dirakam di dunia
Peradaban dunia modern tentu sangat terhutang budi kepada ahli fizik Muslim yang lahir di Kota Basrah, Iraq. Al-Haitham selama hidupnya telah menulis lebih dari 200 karya ilmiah. Semua didedikasikannya untuk kemajuan peradaban manusia.


sumber:http://penpatah.blogspot.com/2013/02/sejarah-ibnu-al-haitam-pencipta-kamera.html?utm_source=BP_recent