MADRID: Piala bola sepak paling berprestij bagi kelab Sepanyol, Piala Raja Sepanyol, yang baru saja dimenangi pasukan Real Madrid terjatuh di depan bas pasukan itu apabila ia terlepas daripada genggaman pemain dan difahamkan rosak teruk. Pemain pertahanan Real Madrid, Sergio Ramos, yang mengangkat trofi seberat 15 kilogram itu di atas kepalanya ketika berada di dalam bas tanpa bumbung, terlepas piala berkenaan sebelum ia jatuh di depan bas yang membawa pasukan terbabit.Bagaimanapun, ia gagal diselamatkan apabila bas terbabit melanggar piala berkenaan sebelum sempat memberhentikan kenderaan itu.Menurut laporan berita radio Cadena Ser, petugas perkhidmatan kecemasan memungut sekurang-kurangnya 10 bahagian piala yang sudah pecah. - AFP(berita harian)
Bila dikatakan seperti hilang arah panduan...kembali lah ke jalan yang benar..tinggalkan segala kehidupan yang membuatkan kita hilang arah. kehilangan akan membuatkan kita rasa kerugian.. http://unkelhafiz.blogspot.com/
semut-semut yang prihatin
Khamis, 21 April 2011
Pialaku hancur berderai...
MADRID: Piala bola sepak paling berprestij bagi kelab Sepanyol, Piala Raja Sepanyol, yang baru saja dimenangi pasukan Real Madrid terjatuh di depan bas pasukan itu apabila ia terlepas daripada genggaman pemain dan difahamkan rosak teruk. Pemain pertahanan Real Madrid, Sergio Ramos, yang mengangkat trofi seberat 15 kilogram itu di atas kepalanya ketika berada di dalam bas tanpa bumbung, terlepas piala berkenaan sebelum ia jatuh di depan bas yang membawa pasukan terbabit.Bagaimanapun, ia gagal diselamatkan apabila bas terbabit melanggar piala berkenaan sebelum sempat memberhentikan kenderaan itu.Menurut laporan berita radio Cadena Ser, petugas perkhidmatan kecemasan memungut sekurang-kurangnya 10 bahagian piala yang sudah pecah. - AFP(berita harian)
Rabu, 20 April 2011
Hidup itu mudah?
Selasa, 19 April 2011
Mari belajar bahasa dusun....
Petani Rogol 116 Orang Wanita!!
Akhbar China Daily melaporkan seorang lelaki Dai Qingcheng, 46, dijatuhkan hukuman gantung pada Disember lalu atas kesalahan merogol di antara 1993 dan 2009 di wilayah Anhui, timur China.
Laporan itu berkata, Dai merayu di Mahkamah Tinggi Rakyat di Anhui, tetapi tidak menyebut bila kes itu akan didengar.Menurut laporan hari ini, Dai menjadikan isteri penduduk yang berpindah ke bandar besar untuk mencari kerja.
Antara mangsanya termasuk wanita yang baru enam bulan mengandung. - AP (BERITA HARIAN)
Anak Dajal
Selepas Tsunami membadai Jepun..Taufan menyerang Amerika..
Apabila negara mengamalkan kebebasan tanpa ada sempadan yang memisahkan antara yang putih dan hitam..
Pegangan agama semakin longgar..adat semakin di lupakan..perasaan malu semakin menipis..
bala dari tuhan akan menghancurkan segalanya...
RALEIGH (Carolina Utara): Angin taufan terburuk dalam tempoh beberapa dekad melanda sebahagian Amerika Syarikat, semalam, menyebabkan 45 orang maut dan merosakkan bangunan serta harta benda lain.
Bencana itu bermula pada petang Khamis (waktu tempatan) di Oklahoma apabila angin puting beliung raksasa hampir memusnahkan seluruh bandar Tushka yang dihuni 350 orang.
Hampir semua kediaman dan kedai di bandar itu musnah, manakala dua penduduk warga emas terbunuh.
Sehari kemudian kekuatan angin meningkat dan mencetuskan beratus-ratus taufan yang melanda Arkansas, Mississippi, Alabama dan Carolina Utara, sebelum menuju Virginia pada malam Sabtu.
Jurucakap Agensi Pengurusan Darurat Persekutuan, Patty McQuillan, berkata bencana taufan itu adalah terburuk sejak 1984 .“Saya masing ingat kejadian itu dan saya yakin taufan ini lebih hebat daripada bencana berkenaan,” katanya.
Pada 1984, taufan terburuk dalam tempoh lebih satu abad memusnahkan Georgia, Carolina Utara dan Selatan, serta Virginia, serta mengorbankan 57 orang serta lebih 1,000 cedera.
Raleigh menjadi bandar paling teruk terjejas apabila 23 orang terbunuh.
Di Alabama, seorang ibu dan dua anaknya yang berlindung dalam rumah bergerak adalah antara tujuh korban.
Mereka tercampak kira-kira 150 meter dari kediaman itu.
Tujuh lagi korban dicatatkan di Arkansas, lima di Virginia dan seorang di Mississippi.
Datuk Bandar Carolina Utara, Beverly Perdue, berkata dia tidak pernah melihat kemusnahan sebegitu sepanjang hidupnya.
Dia juga mengisytiharkan darurat bagi memudahkan bantuan diterima. - AFP (HARIAN METRO)
All my friend..
Awan kelabu..
Ahad, 17 April 2011
Pemuda yang ikhlas dengan cinta.
Pada zaman dahulu, ada seorang jejaka yang sangat suka membaca dan selalu menghabiskan masanya di perpustakaan pada waktu lapang. Dia amat suka membaca novel dan buku cerita. Pada suatu hari, dia telah terjumpa sebuah novel yang ada tertulis pada kulit novel itu nama dan alamat seorang gadis di salah satu muka suratnya. Tertulis di situ : "Catrina, ikhlas dan perlukan sahabat."
Tergerak hati jejaka untuk mengutus surat kepada si gadis misteri itu. Setelah pulang ke rumah, jejaka itu menulis surat untuk memberitahu niat ingin berkawan dengan gadis itu. Beberapa hari kemudian si jejaka mendapat balasan daripada gadis tersebut bahawa dia juga bersetuju untuk berkawan dengan si jejaka.
Hari betukar minggu dan minggu bertukar bulan. Persahabatan mula bertukar kepada perasaan sayang. Namun begitu mereka masih belum pernah bersua muka. Si jejaka ingin sekali bertemu si gadis misteri dan begitu juga dengan si gadis. Walaupun kedua-keduanya masih belum melihat rupa masing-masing, tetapi perasaan sayang tetap berbuku di hati.
Pada suatu hari, si jejaka dipanggil oleh bala tentera untuk pergi ke medan perang. Si jejaka merasa amat susah hati kerana dia bimbang sekiranya dia mungkin tidak dapat berjumpa dengan si gadis kesayangannya. Maka diutuskannya sepucuk surat berbunyi, "kalau Allah panjangkan jodoh kita, dan andai kamu masih sayang padaku, kita berjumpalah di stesen keretapi pada hari perang diumumkan tamat nanti. Aku akan memakai pakaian tenteraku dan membawa sekuntum mawar berwarna merah. Aku akan mengenali kamu sekiranya kamu juga memegang sekuntum bunga mawar merah. Setelah itu izinkanlah aku membawamu untuk makan malam dan bertemu orang tuaku."
Maka pergi lah jejaka ke medan perang dengan tenang setelah mengutuskan surat itu...
Beberapa bulan kemudian...
Pada hari pengumuman perang tamat, si jejaka pergi ke stesen keretapi yang dijanjikan sambil memegang sekuntum bunga mawar merah di tangannya. Diperhatikannya seorang demi seorang gadis yang berada di stesen keretapi itu sekiranya ada yang turut memegang bunga mawar merah sepertinya.
Tiba-tiba, si jejaka ternampak seorang gadis yang agak berisi, sedikit hitam dan berjerawat mukanya duduk di kerusi roda sambil melihat sekeliling seolah-olah mencari seseorang. Kakinya kudung dan tangannya cacat sebelah. Sebelah lagi tangannya memegang sekuntum bunga mawar berwarna merah. Si jejaka sangat terkejut melihat keadaan fizikal dan wajah gadis pujaannya selama ini amat berbeza dari imaginasinya, namun dia memberanikan diri menghampiri gadis tersebut.
"Catrina?"
Gadis itu melihat ke arah si jejaka dan tersenyum ceria. Si jejaka terus menghulurkan bunga mawar kepada si gadis dan berkata, "aku amat merinduimu. Terimalah bunga ini dan pelawaanku untuk makan malam bersama kedua ibu bapaku. Orang tuaku tidak sabar-sabar lagi untuk bertemu denganmu," kata jejaka itu.
Si gadis itu tersenyum lagi dan berkata, "Aku tidak tahu apa yang terjadi. Tetapi ada seorang gadis cantik jelita memberikan bunga ini kepadaku sebentar tadi. Dia memintaku memberitahu kamu bahawa dia sedang menunggu kamu di restoran di hadapan stesen ini sekiranya kamu mempelawaku makan malam dan bertemu orang tuamu."
----------TAMAT------------
Berapa ramaikah manusia yang sesuci hati jejaka ini? Dia melihat kepada hati dan bukan kepada rupa. Dia telah mengotakan janjinya dan tetap berpegang kepada perasaan sayang walaupun pada mulanya dia menjangkakan gadis cacat itu adalah Catrina. Masihkah lagi wujud lelaki seikhlas dan seluhur hati pemuda itu?
sumber/penulis: iluvislam.comMengapa saya masuk islam?-Yusof Islam
Saya dilahirkan dalam sebuah rumah yang penghuninya beragama Kristian. Diajar bahawa tuhan itu wujud, tetapi kita tidak ada hubungan secara langsung dengan tuhan.
Lantas kita perlu mewujudkan satu cara untuk menghubunginya, iaitu melalui Jesus. Dan apabila mereka mengatakan yang tuhan itu tiga, saya menjadi lebih bingung tetapi saya tidak mampu membantah atau membahaskannya.
Namun, sedikit demi sedikit, saya mendapati diri semakin jauh daripada pendidikan yang berbentuk agama ini.
Saya mula mencipta muzik dan mahu menjadi seorang bintang terkenal. Akhirnya, saya berjaya menjadi seorang yang sangat terkenal.
Pada waktu itu, saya berusia belasan tahun tapi nama dan gambar terpampang di semua bentuk media.
Mereka membuat saya lebih besar dan kerana itu saya juga mahu hidup dengan cara yang lebih besar daripada hidup yang sebenarnya, dan satu-satunya cara untuk mendapatkannya ialah dengan menikmati arak dan dadah.
Selepas setahun berjaya menikmati kemewahan dan hidup secara high, saya sakit teruk dijangkiti penyakit TB dan perlu dirawat di hospital.
Kemudian, tiba satu ketika apabila saya rasa agama Buddha itu nampak baik dan mulia, tetapi saya masih belum bersedia menjadi seorang sami Buddha dan memisahkan diri daripada masyarakat sepenuhnya.
Saya mencuba pula Zen dan Ching, numerologi, kemudian kad-kad pakau dan astrologi. Saya cuba membuka semula kitab Bible tetapi tidak menjumpai apa-apa. Pada waktu itu, saya masih tidak tahu sesuatupun tentang Islam.
Titik Permulaan
Kemudian satu keajaiban berlaku. Abang saya melawat sebuah masjid di Jerusalem. Dia begitu kagum dengannya. Masjid itu dirasakan penuh dengan kehidupan (tidak seperti gereja-gereja dan rumah-rumah biara yang dirasakan kosong), aman dan tenang.
Dia memberikan saya senaskah terjemahan al-Quran yang dibawanya dari sana. Dia tidak pula menjadi seorang Muslim tetapi dia dapat merasakan yang ada sesuatu dalam agama itu, dan dia fikir mungkin saya akan menjumpai sesuatu juga.
Apabila saya terima kitab itu, saya mendapat petunjuk yang bakal menerangkan segala-galanya kepada saya - siapa diri saya, apakah tujuan hidup di dunia, apakah sebenarnya hakikat hidup dan apakah hakikat yang akan berlaku, dan di mana saya datang. Saya sedar bahawa inilah agama yang benar; agama yang bukan dalam erti kata yang difahami oleh Barat, bukan agama yang hanya berguna untuk masa tua anda.
Perkara pertama yang ingin saya lakukan pada waktu itu ialah menjadi seorang Muslim.
Pada tahap ini juga, saya mula menemui keyakinan. Saya merasakan sudah pun menjadi seorang Muslim. Apabila saya membaca kitab al-Quran itu, barulah saya sedar bahawa kesemua para nabi yang diutus Allah itu membawa ajaran yang sama.
Lantas, mengapakah penganut Kristian dan Yahudi saling tidak sefahaman? Sekarang saya tahu bagaimana orang Yahudi tidak mahu menerima Jesus sebagai utusan Tuhan dan mereka juga telah menukar ayat-ayat Tuhan.
Penganut Kristian salah faham akan ayat-ayat Tuhan dan menganggap Jesus anak Tuhan. Kesemuanya masuk akal dan begitu mudah difahami.
Inilah keindahan al-Quran. Ia membuat anda berfikir dan mencari jawapan, dan tidak menyembah matahari atau bulan tetapi Tuhan yang Esa yang telah menciptakan segala-galanya.
Apabila saya lebih banyak membaca kitab al-Quran, ia menceritakan pula tentang sembahyang, sifat pemurah dan sifat suka berbuat baik.
Saya masih belum menjadi seorang Islam lagi, tetapi saya sudah dapat merasakan bahawa satu-satunya jawapan untuk saya ialah al-Quran; bahawa Tuhan telah menghantarnya kepada saya, dan saya menyimpannya sebagai satu rahsia. Tetapi al-Quran itu juga berkata-kata pada beberapa peringkat yang berlainan. Saya mula memahaminya pada peringkat yang lain pula.
Al-Quran mengatakan, "Mereka yang beriman tidak menjadikan orang kafir sebagai temannya dan orang beriman itulah saudaranya."
Pada tahap itulah, timbul keinginan saya untuk bertemu dengan saudara-saudara selslam.
Melawat Jerusalem
Saya melawat Jerusalem (sepertimana yang dilakukan abang saya). Di Jerusalem, saya masuk ke dalam masjid dan duduk. Seorang lelaki datang menghampiri dan bertanya apa yang saya mahu. Saya beritahu dia yang saya seorang Muslim. Dia bertanya lagi, apakah nama saya. Saya jawab, "Stevens". Dia kelihatan keliru. Setelah itu, saya menyertai sembahyang berjemaah, walaupun tidak begitu menjadi.
Peristiwa ini berlaku pada tahun 1977, lebih kurang satu setengah tahun selepas saya menerima al-Quran daripada abang saya.
Lantas, pada satu hari Jumaat, iaitu selepas menunaikan sembahyang Jumaat, saya pergi bertemu imam Masjid New Regent dan melafazkan syahadah di tangannya.
Saya telah menjadi seorang yang memiliki kemasyhuran dan kemewahan. Tetapi saya begitu sukar mendapatkan petunjuk, walau bersungguh-sungguh saya cuba mendapatkannya, sehinggalah saya ditunjukkan dengan al-Quran.
Sekarang saya sedar bahawa saya boleh berhubung secara langsung dengan Tuhan, tidak perlu menggunakan perantara. Islam mengangkat semua halangan ini.
Saya tidak pernah berjumpa orang Islam sebelum saya memeluk agama suci ini. Saya lebih dahulu membaca al-Quran dan menyedari bahawa tidak ada manusia yang sempurna di dunia ini.
Hanya Islam yang sempurna, dan sekiranya kita semua meniru akhlak Rasulullah s.a.w., kita akan berjaya.
Moga-moga Allah memberikan kita petunjuk dan hidayah-Nya untuk menuruti jejak langkah Rasulullah s.a.w.. Amin!
sumber/penulis : iluvislam.com
Kelembutan itu kebaikan
Sifat Lemah Lembut
1. Sifat lemah lembut adalah sifat yang disukai oleh Allah sebaliknya sifat kekerasan adalah sifat yang dibenci oleh Allah.
2. Kekerasan tidak akan dapat menyelesaikan masalah sama ada yang meliputi bidang alam rumahtangga perhubungan masyarakat dan sebagainya.
3. Umat Islam dituntut supaya bersifat lemah lembut dan bertolak ansur didalam perkara-perkara yang tidak bertentangan dengan syariat Islam.
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
"Sesiapa yang dikurniakan sifat lemah lembut nescaya ia akan memperolehi kebaikan dalam semua hal."(Riwayat Muslim)
1. Lemah-lembut adalah akhlak yang mulia yang dianugerahkan oleh Allah S.W.T kepada hamba-nya. Oleh itu orang yang memiliki sifat lemah lembut adalah orang yang sangat beruntung.
2. Melatih diri untuk dapat memiliki sifat mulia ini dapat dimulakan dengan menahan diri apabila marah dan mempertimbangkan baik buruknya sesuatu perkara sebelum bertindak.
3. Orang yang lemah lembut melambangkan orang yang sentiasa sabar dan tenang (tidak tergesa-gesa). Namun sifat lemah lembut ini lebih baik diseiringkan dengan ketegasan agar seseorang itu tidak mudah dipermainkan atau diperbodohkan oleh orang lain.
4. Rasullullah s.a.w adalah contoh orang yang paling lemah-lembut dan paling baik dalam pergaulan. Sesiapa yang melihat baginda dari jauh akan berasa gentar tetapi sesiapa yang bercampur atau bergaul dengan baginda tentu akan menyayangi baginda disebabkan oleh sikap lemah lembut baginda itu.
فَبِمَا رَحْمَةٍ مِّنَ اللّهِ لِنتَ لَهُمْ وَلَوْ كُنتَ فَظًّا غَلِيظَ الْقَلْبِ لاَنفَضُّواْ مِنْ حَوْلِكَ فَاعْفُ عَنْهُمْ وَاسْتَغْفِرْ لَهُمْ وَشَاوِرْهُمْ فِي الأَمْرِ فَإِذَا عَزَمْتَ فَتَوَكَّلْ عَلَى اللّهِ إِنَّ اللّهَ يُحِبُّ الْمُتَوَكِّلِينَMaka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu wahai Muhammad), engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. Oleh itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan yang mereka lakukan terhadapmu) dan pohonkanlah ampun bagi mereka dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan) itu. Kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakallah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakal kepadaNya.
(Surah Ali-Imran 3: Ayat Ke 159)
sumber/penulis: Aiman
Khamis, 14 April 2011
Pengguguran Bayi dan Seks Bebas Menjadi Trend
Saya pernah menghadiri satu forum di Kolej Kediaman Ungku Aziz (KUAZ), Universiti Malaya (UM) yang membincangkan isu pengguguran bayi. Forum tersebut bertajuk Pengguguran bayi dan seks bebas menjadi trend?
Isu ini dikupas berlandaskan dua agama, iaitu Islam dan Hindu. Ustaz Mohd Khairul Nizam (pensyarah di Akademi Pengajian Islam, UM) mewakili Agama Islam dan Cikgu Ragunathan Parasubramaniam Guru dijemput untuk mewakili Agama Hindu.
Isu pertama yang dibangkitkan adalah statistik kelahiran bayi luar nikah berdasarkan tahun dan agama. Tidak mengejutkan apabila moderator memaklumkan saban tahun bilangannya sentiasa meningkat.
Ustaz Khairul Nizam membentangkan hujah-hujahnya berkaitan pengguguran bayi menurut perspektif Islam. Beliau menekankan petikan ayat al-Quran dalam surah Al-An'am (ayat : 151) dan surah Al-Israk (ayat 31-32) berkaitan larangan pembunuhan anak kerana takutkan kefakiran.
Melalui ayat ini, Ustaz Khairul Nizam menerangkan bahawa pembunuhan dan pengguguran bayi telah berlaku sejak dahulu lagi, buktinya sudah termaktub di dalam al-Qur'an. Ia bukanlah suatu gejala baru yang berlaku pada zaman millennium ini, malah pembunuhan anak telah berlaku sejak zaman jahiliah lagi disebabkan kekolotan dan kekurangan ilmu pada waktu itu.
Mereka sewenang-wenangnya menanam anak mereka hidup-hidup sekiranya anak mereka berjantina perempuan. Tidak jauh beza dengan zaman sekarang, yang berbeza hanyalah caranya sahaja.
Pada zaman sekarang bayi yang tidak berdosa dibuang di dalam tong sampah, dicampak dari kereta, dibakar, dihanyutkan ke sungai dan macam-macam cara lagi. Malah masyarakat kini jauh lebih buruk perangainya jika dibandingkan dengan masyarakat jahiliyyah dahulu yang tidak berilmu.
Seterusnya, ulasan daripada Cikgu Ragu menurut perspektif agama Hindu. Cikgu Ragu menekankan ketiadaan perasaan malu merupakan faktor utama penyebab kepada berleluasanya gejala negatif ini.
Menurut Cikgu Ragu, Agama Hindu juga seperti Agama Islam iaitu turut menekankan soal kebaikan yang dikenali sebagai Dharma (berbuat baik). Beliau menerangkan terdapat lima konsep utama dalam hidup:
1. Atman (Roh)
2. Brahman (Tuhan)
3. Karma (Perbuatan-pahala, dosa)
4. Samsara (Kelahiran Semula)
5. Moksha (Kembali kepada Tuhan)/ Mati
Beliau juga sekeras-kerasnya menekankan bahawa pengguguran bayi adalah sangat dilarang dalam Agama Hindu kerana dosanya seperti membunuh sami atau membunuh ibu bapa sendiri. Selain itu, beliau menerangkan tentang empat peringkat kehidupan dalam Agama Hindu:
1. Brahmacharya (zaman bujang) - masa untuk persiapan ke alam dewasa, belajar berdikari
2. Grahasta (dewasa) - masa untuk persiapan ke arah alam rumah tangga, mengumpul harta, bertujuan baik untuk mempunyai anak)
3. Vanaprasta - masa untuk bersedia ke arah kehidupan selepas mati
4. Mati - kembali kepada tuhan.
Beliau berkata, kebanyakan remaja masa kini tidak sabar untuk menempuh alam dewasa. Kebanyakan daripada mereka tidak sabar untuk memasuki peringkat Grahasta tanpa persediaan yang sewajarnya dan menyebabkan mereka kekurangan ilmu dan pengalaman untuk memikul tanggungjawab tersebut.
Seterusnya, Ustaz Khairul Nizam membincangkan tentang cara-cara yang dapat membendung gejala pengguguran bayi dan seks bebas ini.
Salah satunya adalah memudahkan perkahwinan.
Perkahwinan bukan perkara yang boleh dibuat main-main. Perkahwinan adalah satu ikatan suci yang sangat digalakkan dalam Islam. Namun, zaman sekarang adat lebih dititik beratkan daripada agama.
Urusan perkahwinan di Malaysia khususnya 'disusahkan' kerana terikat dengan adat. Majlis dilakukan secara besar-besaran walaupun sumber ekonomi tidak mengizinkan. Kebanyakan daripada pasangan "terpaksa" mendapatkan duit beribu-ribu sehingga sanggup berhutang semata-mata kerana untuk menunaikan tuntutan "adat" dan mengabaikan tuntutan agama.
Mereka mereka yang ingin berkahwin dihantui dan dibelenggu dengan masalah kewangan. Ada juga yang ditegah untuk berkahwin disebabkan masih bergelar pelajar, masih muda dan sebagainya. Jadi tidak hairanlah, gejala negatif ini berleluasa tanpa dapat dibendung.
Salah satu kaedah untuk membendung gejala ini adalah dengan memudahkan prosedur sesebuah perkahwinan. Jika sesuatu pernikahan dijalankan mengikut syariat Allah, sudah pasti kecerewetan tidak akan berlaku lebih-lebih lagi dalam urusan hantaran, kenduri, persandingan dan sebagainya.
Andai semua urusan berlandaskan syariat, InsyaAllah dapat membantu dengan adanya "BARAKAH" dalam hubungan tersebut.
Nabi Muhammad S.A.W. pernah bersabda, "Jadikan (adakan) pernikahan sekalipun dengan hanya menyembelih seekor kambing".
Selain itu, masyarakat sekarang lebih suka meng'YES'kan yang negatif, contohnya ibu bapa membenarkan anak bercinta. Trend sekarang katanya. Mereka lebih mudah mengikut tatacara hidup jahiliah yang lebih "bebas" dan lebih "mengikut peredaran zaman".
Tambah Cikgu Ragu, sekarang ini semua orang kurang penghayatan dan hormat terhadap agama. Lebih suka menunding jari. Jadi, masing-masing perlu ubah diri sendiri dulu, ubah nasib keluarga, baru boleh fikir untuk memiliki keluarga sendiri.
Jadi, apa yang dapat disimpulkan di sini, pokok pangkalnya kita perlulah kembali kepada agama, seek for His guidance. Ini bukan masa untuk kita buat dosa lagi. Islah itu atas diri sendiri. Seimbangkan rohani dan jasmani. Di mana ada kemahuan di situ ada jalan, insyaAllah. Saya sekadar berkongsi apa yang saya dapat daripada talk itu. Semoga sama sama dapat manfaat.
InsyaAllah.
sumber/penulis:Ummu Habibah Y.
Islam Bukan Sains Dan Sains Bukan Islam
Istilah mengIslamkan sains seakan-akan menjadi satu gelombang baru untuk para saintis Islam membuktikan kebenaran Islam. Pengislaman sains ialah satu cara untuk memaparkan ilmu sains sebagai selaras dengan ajaran Islam.
Al-Quran Sebagai Sumber Inspirasi
Gerakan ini menggunakan penemuan-penemuan sains moden dan memadankannya dengan ayat-ayat Al-Quran yang difikirkan boleh diterima akal. Di antaranya ialah penemuan sains berkenaan bumi ini bulat dan memadankannya dengan ayat ke-19 Surah Al-Hijr atau memadankan Surah Ar-Rum ayat ke-48 dengan pemahaman sains berkenaan kitaran hujan.
Terkini, apabila teori letupan agung (Bing Bang) oleh Edwin Hubble mulai diterima oleh masyarakat sains kontemporari menggantikan teori steady-state oleh Fred Hoyle, pada masa yang sama dikeluarkan juga dalil daripada Al-Quran (ayat ke-30, Surah Al-Anbiya) yang telah lama menyokong penemuan saintifik ini.
Para pengusul dalil ini membuat tafsiran berdasarkan dua kata dasar bahasa Arab dalam ayat tersebut, 'ratq' bermaksud 'bercantum' dan fataq yang bermaksud 'memisahkan atau membelahkan'.
Dengan erti kata lain, Islam itu sendiri sudah lama membuktikan teori gelombang agung kerana ianya sudah dinyatakan didalam ayat Al-Quran yang berumur lebih daripada 1400 tahun.
Cara pemikiran ini dirancakkan lagi di dalam buku-buku karya Harun Yahya dari Turki.
Pembaharuan berfikir secara saintifik di dalam membuktikan kebenaran Islam sebenarnya adalah satu trend yang sihat sebagai satu lagi wadah dakwah yang mencerminkan budaya umat Islam berfikir sudah berubah. Sebagai contoh nilai bantu wadah dakwah ini, apabila bukti saintifik yang menunjukkan satu rekahan yang begitu panjang di permukaan bulan sepadan dengan mukjizat Nabi Muhammad SAW yang telah membelah bulan apabila dipinta oleh orang-orang Quraisy telah membuatkan manusia barat berbondong-bondong menjadi 'saudara baru' memeluk Islam.
Pembaca Pasif
Sebenarnya, umat Islam adalah pembaca-pembaca yang pasif walaupun ayat-ayat Al-Quran itu sendiri mengajak mereka untuk berfikir secara kritis dan inovatif.
Sebagai contoh, teori letupan agung telah berada di dalam dada Al-Quran selama lebih daripada 1400 tahun tetapi tiada seorang pun umat Islam yang menyedari akan tujuan sebenar ayat tersebut.
Surah ini sudah dibaca oleh berjuta-juta umat Islam dari dulu sehingga sekarang tetapi tiada seorang pun yang berhenti sejenak dari bacaan mereka dan merenung dengan kritis maksud di sebaliknya. Kemudian dengan sabarnya menunggu waktu malam untuk melihat langit di atasnya untuk memerhati apakah ayat itu cuba menyampaikan sesuatu berkenaan langit dan bumi. Mungkin dulu ianya satu. Selepas membuat pemerhatian dan mendapat keyakinan bahawa langit dan bumi mungkin pada suatu masa dahulu bercantum, mulai mencipta radas-radas dan alat-alatan saintifik untuk membuktikan pemerhatiannya sekaligus membenarkan ayat-ayat-Nya.
Tugasan ini mungkin rumit dan meletihkan tetapi ianya juga salah satu wadah jihad untuk sarjana-sarjana Islam. Sebaliknya, apa yang berlaku adalah hampir kesemua sarjana dan pemikir Islam kontemporari hanya menunggu 'durian runtuh' dan menikmati hasil penat lelah pemikir-pemikir yang mencipta penemuan tersebut.
Jika kita membilang sudah berapa banyak penemuan sains yang sepadan dengan dalil-dalil Al-Quran yang dibaca oleh Muslim setiap hari, mungkin sudah ramai penerima hadiah Nobel terdiri daripada umat Islam dan bukannya orang Yahudi.
Di dalam artikel ini, saya akan cuba memperkenalkan cara untuk memanfaatkan kaedah-kaedah sains untuk menyelesaikan permasalahan umat Islam masa kini. Mungkin ada sarjana-sarjana Islam akan membantah kerana Islam tidak boleh di'sains'kan sepertimana ilmu laduni (ilmu yang diturunkan oleh Allah secara langsung kepada manusia). Dalam erti kata lain, Islam tidak boleh diukur oleh radas-radas dan alat-alat saintifik.
Sebenarnya, Islam itu sendiri mempunyai cabang ilmu yang bersifat mengukur iaitu ilmu Fikah. Ilmu fikah menyerupai ilmu Fizik di dalam sains di mana ianya melibatkan akal kerana sains lebih bersifat akal. Ini bermakna Fiqah adalah cabang ilmu di dalam Islam yang mengkaji suatu permasalahan ummah yang boleh diukur, dikaji dan diulangi.
Menentukan Arah Kiblat
Kebanyakkan saudara baru selalunya merujuk kepada buku oleh Ahmed Galwash yang menyatakan untuk mencari arah kiblat yang betul adalah dengan mengunakan peta Mercator, kemudian letakkan satu hujung pembaris ke arah si pencari berdiri dan satu hujung pembaris lagi pada arah Mekah, buat satu garisan menggunakan pen dan itulah arah kiblat.
Ramai juga muslim menggunakan konsep bulatan agung (Great Circle concept) yang selalunya digunakan dalam penerbangan. Jarak bulatan agung ditakrifkan sebagai jarak terpendek di antara dua titik pada permukaan satu sfera. Kaedah pencarian arah kiblat yang tepat menggunakan konsep bulatan agung telah dicipta oleh Fred Sawyer III, seorang ahli matematik.
Satu kaedah bergeometri juga diperkenalkan dengan menggunakan ukuran darjah satu sudut di antara utara dan kedudukan seseorang kearah Kaabah. Sudut itu dipanggil azimuth, daripada perkataan Arab samt yang bermakna arah.
Walaubagaimanapun, permasalahan arah kiblat kebanyakkan diselesaikan oleh mereka yang dilahirkan Muslim lebih bersifat santai dan boleh dibahagikan kepada dua kategori; mengikut cara tradisi dan menggunakan kaedah bermatematik.
Kompas kiblat sebenarnya adalah evolusi daripada kaedah bermatematik.
Kaedah tradisi termasuklah, "Jika anda boleh melihat Kaabah, maka itulah arah kiblat' atau 'Jika anda berada di Mekah, ikut arah di mana penduduk asal itu menghadap'.
Tetapi masalah menjadi semakin rumit apabila seseorang Muslim itu tidak tinggal di Mekah. Maka pelbagai petua dicipta seperti mengikut arah angin tertentu atau teruskan solat tanpa mengetahui arah kiblat kerana empat dinding Kaabah mengala ke semua arah.
Kemudian kaedah bermatematik dicipta, atau kuasi-matematik. Secara sejarahnya, masalah paling utama dalam menggunakan kaedah bermatematik adalah tiada ilmuwan boleh menentukan longitude sesuatu tempat secara tepat. Maka, kaedah bermatematik adalah paling berkesan tetapi dilemahkan dengan fakor geografi. Oleh kerana itu, walaupun kaedah bermatematik lebih maju dan tepat, tetapi keputusannya -- mengikut penemuan terkini – tersasar.
Ada usaha fuqaha beraliran sekular menggunakan pengiraan trigonometri. Ianya dikira menggunakan lokasi koordinat seorang muslim, koordinat Kaabah (atau Mekah), dan satu formula trigonometri bersfera mudah untuk menentukan bulatan agung yang di antaranya menggunakan kaedah trigonometri seperti sine dan cosines dan kadangkala menggunakan sektor kuadran tangents dan cotangents.
Perpecahan Umat Islam
Sepanjang sejarah Islam, ahli-ahli astronomi Islam telah menghabiskan masa mereka untuk menentukan arah kiblat dan mencipta alat-alat seperti astrolabe, di mana kemudiannya menjadi alat yang terpenting untuk pelayaran dan penjelajahan. Perlu diingati, kiblat pertama umat Islam sebenarnya bukan Kaabah tetapi Jeruselam dan umat terdahulu berkongsi arah dengan orang Yahudi dan kemudiannya arah kiblat telah berubah selama-lamanya ke Kaabah oleh Nabi Muhammad SAW.
Perubahan ini memberi identiti sendiri kepada umat Islam supaya berbeza daripada orang Kristian dan orang Yahudi. Oleh itu, kiblat menjadi urat nadi umat Islam.
Persoalan arah kiblat menjadi mudah di negara di mana penduduknya adalah majoriti Islam kerana telah dijawab beratus tahun dahulu oleh nenek moyang mereka yang juga beragama Islam. Tetapi oleh kerana proses mobiliti dan penyebaran populasi yang dibawa oleh sejarah pengkolonian, pembaharuan oleh era globasisi dan penghijrahan umat Islam secara besar-besaran telah mencipta satu keperluan untuk menentukan arah kiblat yang lebih tepat di negara-negara yang mempunyai Islam minoriti seperi Amerika, Australia dan New Zealand.
Contohnya,kebanyakkan masjid-masjid pendatang di Detroit, Amerika, ketika dulu menghadap Timur atau tenggara. Kemudiannya pada tahun 1978 seorang Fuqaha Islam, S. Kamal Abdali, telah mencadangkan bahawa arah kiblat bagi Amerika Utara adalah di Timur Laut dan cadangan ini diterimapakai di Amerika Utara sehingga kini.
Malangnya, permasalahan arah kiblat menjadi semakin rumit apabila melibatkan perbezaan mazhab dan pada akhirnya umat Islam berpecah-belah.
Lebih memalukan, di dalam era matematik, geografi dan komputer ketika sains pelayaran, pengiraan dan Cartography mencapai kemuncaknya, dan dengan penciptaan teknologi terkini, orang bukan Islam tidak menemui masalah di dalam mencari arah untuk belayar sehingga ke kutub utara dan mengembara hingga ke bulan, walhal umat Islam masih tidak mempunyai persetujuan di dalam isu yang kecil ini.
Diceritakan cara menentukan arah kiblat bagi masjid baru di Tierra del Fuego adalah dengan memanggil seorang Fuqaha dari Algeria dan mendengar pendapatnya dan apabila masjid itu siap dibina seorang lagi Fuqaha ternama Islam melawat masjid tersebut telah memberi pendapat yang berbeza berkenaan arah kiblat.
Fatwa secara subjektif ini telah membuatkan Islam amat sukar diterima di benua Amerika. Kaedah memberi fatwa secara subjektif ini juga telah mencipta jurang baru sesama umat Islam dan akhirnya mengakibatkan perpecahan. Sewajarnya, kaedah memberi fatwa yang bertunjangkan ijtihad bersandarkan dengan fakta yang lebih bersifat saintifik supaya mudah diterima akal.
Projek Satu Arah Kiblat
Isu ini sebolehnya tidak boleh dipandang enteng oleh umat Islam terutamanya sarjana-sarjana Islam. Oleh itu, satu projek yang dinamakaan 'Satu arah kiblat' dicipta oleh saya dengan khidmat nasihat oleh seorang ulama terkenal UK telah dilancarkan.
Tujuan utama projek ini adalah untuk menentukan arah kiblat secara saintifik demi menyatukan umat Islam di samping memberi satu kaedah baru kepada dunia Fikah berkenaan ijtihad.
Seperti yang telah dibincangkan, terdapat dua cara menentukan arah kiblat iaitu (1) cara tradisi dan (2) kaedah bermatematik, tetapi kini kami memperkenalkan kaedah ketiga iaitu secara kaedah saintifik. Kaedah ketiga ini amat mudah iaitu dengan memerhatikan arah piring satelit yang boleh didapati di mana-mana sahaja.
Sebagai bukti, jika anda berada di Malaysia, cuba perhatikan arah piring satelit Astro dan arah mana-mana masjid yang berdekatan. Sepanjang pemerhatian saya, hampir kesemua piring satelit Astro menghadap ke arah kiblat dengan tepat. Ketepatan arah kiblat menggunakan arah piring satelit adalah amat tepat dan terbukti apabila diukur ketepatannya dengan kompas kiblat.
Untuk memastikan bahawa kaedah ini boleh diterima pakai di seluruh dunia, kami akan mengumpul data arah piring satelit di segenap benua. Dengan data yang akan dikumpul, maka kesimpulan dapat dibuat secara statistik sama ada kedudukan piring satelit di seluruh dunia kesemuanya menghadap Kaabah.
Jika kesimpulan berstatistik mendapati kesemua piring satelit di seluruh dunia menghadap Kaabah maka satu alat baru dapat dicipta dengan memahami lebih lanjut fenomena ini dan sekaligus meredakan perselisihan di antara umat Islam masa kini.
Seperti dinyatakan, kompas kiblat datangnya daripada evolusi kaedah bermatematik yang bergantung kepada ketepatan koordinat sesuatu lokasi dan seperti yang dibincangkan masih lagi diragui ketepatannya.
Oleh kerana itu, proses membina masjid baru di benua Amerika masih lagi menggunakan kaedah tradisi dengan pedoman seorang Fuqaha yang selalunya bersifat subjektif.
Di dalam kesempatan ini, saya ingin memohon kerjasama semua Muslimin dan Muslimat supaya dapat berganding bahu untuk membantu saya melaksanakan projek ini. Kami dalam peringkat membina laman web sebagai alat untuk pengumpulan data.
Tujuan pembinaan laman web ini adalah untuk meminta kerjasama individu Muslim memberi arah mana-mana piring satelit yang mereka jumpai dengan pengesahan daripada arah masjid yang berdekatan dan juga daripada kompas kiblat.
Walaupun kompas kiblat kurang tepat tetapi penggunaannya masih lagi boleh diterima pakai pada peringkat pengumpulan data. Semoga projek ini dapat menjadi satu nafas baru kepada penyatuan umat Islam di seluruh dunia.
sumber/penulis:Shahrel Nazri
Isnin, 11 April 2011
Mount Kinabalu Expedition..
berlatarbelakangkan puncak saint john..
muka-muka happy sampai puncak..
Ekspedisi mendaki gunung kinabalu sangat menyeronokkan..kalau nak try..silalah mendaki..
Ahad, 10 April 2011
Fesyen & Aurat?
Sabtu, 9 April 2011
Taman buaya Tuaran
Buaya bertelur..tapi jangan takut..ni buaya dah di awet..cuma untuk pameran..
Buaya putih...sebenarnya buaya ni kena penyakit albino..sebab tu kulit berwarna putih..
Persembahan buaya oleh staf taman buaya..klu di ngap...habisla...
Selain baya..terdapat juga binatang lain dlm taman ni..seperti ikan,burung,rusa,ular dan macam2 lagi..
Jagung bakar
kawan membeli di gerai sebelah..gerai ni di usahakan oleh orang kampung.
pemandangan ini boleh di lihat sebelum datang ke pekan kota marudu.
jagung yang telah siap di panggang..
kalau nak pegi kudat..jangan lupa singgah untuk makan jagung panggang..kita sama2 promote keluaran tempatan..hehe
Khamis, 7 April 2011
Poring Hot Spring Sabah
di sini la terletaknya kolam air panas tu,,air tu keluar dari celah2 batu..kemngkinan besar kawasan ni ada volcano..kalau jatuh kat sini mesti melecur satu badan.
bodybuilder..hehehe sini tempat air terjun kat poring..air terjun kipungit klu tidak silap la..
air kat sini sejuk dan segar sekali..kalau ada siapa2 yang berminat datang ke sini..jangan lupa pegi kawasan air terjun ni..bukannya jauh dari kawasan kolam mandi..perjalanan dalam masa 5 minit jak..
Simpang Mengayau Kudat
XPDC Kinabalu
Yang ni pula puncak St John(saint john peak)..puncak ni kalau di perhatikan betul2 macam muka gorila..bukan yg depan tu k...yg kat belakang..hehehe
Ni signboard puncak kinabalu..kalau tidak bergambar di signboard ni tidak sah pendakian tu..
Sunrise ..dekat belakang tu jurang..nasib la x gayat..
Ni pula masa mendaki..perjalanan kira mencabar mental dan fizikal..
Trip to pulau tiga
kami berkhemah jak di pulau ni
ni kawan-kawan masa pergi ke pulau tiga..berkenalan masa di pulau tiga jak..hehehe
baru sampai di jeti pulau tiga.
seronok mandi lumpur..terus terbayang masa zaman kanak2..selalu jak main lumpur..
best sangat masa ni..harap2 dapat pegi pulau ni lagi..lepas ni nak bawa isteri jalan2..:)