semut-semut yang prihatin

semut-semut yang prihatin
semut-semut yang prihatin

Selasa, 19 April 2011

Selepas Tsunami membadai Jepun..Taufan menyerang Amerika..

Apabila negara mengamalkan kebebasan tanpa ada sempadan yang memisahkan antara yang putih dan hitam..

Pegangan agama semakin longgar..adat semakin di lupakan..perasaan malu semakin menipis..

bala dari tuhan akan menghancurkan segalanya...



RALEIGH (Carolina Utara): Angin taufan terburuk dalam tempoh beberapa dekad melanda sebahagian Amerika Syarikat, semalam, menyebabkan 45 orang maut dan merosakkan bangunan serta harta benda lain.

Bencana itu bermula pada petang Khamis (waktu tempatan) di Oklahoma apabila angin puting beliung raksasa hampir memusnahkan seluruh bandar Tushka yang dihuni 350 orang.

Hampir semua kediaman dan kedai di bandar itu musnah, manakala dua penduduk warga emas terbunuh.

Sehari kemudian kekuatan angin meningkat dan mencetuskan beratus-ratus taufan yang melanda Arkansas, Mississippi, Alabama dan Carolina Utara, sebelum menuju Virginia pada malam Sabtu.

Jurucakap Agensi Pengurusan Darurat Persekutuan, Patty McQuillan, berkata bencana taufan itu adalah terburuk sejak 1984 .“Saya masing ingat kejadian itu dan saya yakin taufan ini lebih hebat daripada bencana berkenaan,” katanya.

Pada 1984, taufan terburuk dalam tempoh lebih satu abad memusnahkan Georgia, Carolina Utara dan Selatan, serta Virginia, serta mengorbankan 57 orang serta lebih 1,000 cedera.

Raleigh menjadi bandar paling teruk terjejas apabila 23 orang terbunuh.

Di Alabama, seorang ibu dan dua anaknya yang berlindung dalam rumah bergerak adalah antara tujuh korban.

Mereka tercampak kira-kira 150 meter dari kediaman itu.

Tujuh lagi korban dicatatkan di Arkansas, lima di Virginia dan seorang di Mississippi.

Datuk Bandar Carolina Utara, Beverly Perdue, berkata dia tidak pernah melihat kemusnahan sebegitu sepanjang hidupnya.

Dia juga mengisytiharkan darurat bagi memudahkan bantuan diterima. - AFP (HARIAN METRO)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan