semut-semut yang prihatin

semut-semut yang prihatin
semut-semut yang prihatin

Jumaat, 26 Ogos 2011

Crop Circle

Biasa kita lihat 'Crop circle' yang dibuat pada tanaman hingga membentuk formasi-formasi yang bercorak pelik-pelik. Tetapi kali ini kita terbang ke Bulgaria untuk melihat 'Crop circle manusia' pula.

crop circle manusia di Bulgaria
Beribu-ribu pengikut, yang mengamalkan sintesis agama Kristian dan Hindu, berpakaian serba putih dan menyanyikan lagu-lagu kerohanian ketika matahari muncul di atas Gunung Rila.
Selain dari minum sehingga subuh, ahli-ahli White Brotherhood (Persaudaraan Putih) ini meraikan berlalunya musim panas dan bermula 12 bulan baru.
crop circle manusia di Bulgaria

Mereka kemudian melakukan tarian yang suci bagi mereka, yang dipanggil Paneurhythmy, yang memberi penghormatan kepada pergerakan planet dan bintang.
crop circle manusia di Bulgaria
Acara ini telah berlangsung setiap tahun sejak 1929. Gerakan, yang juga dipanggil Beinsa Duno, diasaskan oleh Petar Deunov dari Bulgaria, yang meninggal dunia pada tahun 1944.
Pengikut-pengikut menitik beratkan tentang kasih sayang persaudaraan, diet yang sihat dan hidup dalam harmoni dengan alam semula jadi.

crop circle manusia di Bulgaria

sumber

Tiada ulasan:

Catat Ulasan