Terry Holdbrooks
Seorang tentera AS, Terry Holdbrooks baru enam bulan menjalankan tugas di kem penjara Guantanamo, Cuba. Seperti warden penjara yang lain, tugasnya adalah menjaga dan mengawasi para tahanan, bersama-sama menyoal siasat tawanan, menyelia dan mengawal tahanan supaya tidak berhubungan antara satu sama lain. Tetapi pada malam itu, awal tahun 2004, Holdbrooks yang sedang bertugas pada shift malam, merasakan malam berlalu dengan begitu perlahan dan membosankan. Tetapi tiada siapa yang menduga bahawa malam itu menjadi malam bersejarah untuk dirinya.
Untuk menghilangkan rasa bosan selepas meronda dan memeriksa seluruh sel, Holdbrooks berbual-bual dengan seorang tahanan berbangsa Maghribi yang dikenali dengan gelaran "Jeneral". Meskipun baru enam bulan bertugas di kem Guantanamo, Holdbrooks telah menjalinkan hubungan persahabatan yang erat dengan "Jeneral" yang nama asalnya ialah Ahmed Errachidi.
Perbincangannya dengan Errachidi pada malam itu membuat Holdbrooks merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan kem penjara Guantanamo. Selepas itu Holdbrooks kerap memesan buku-buku tentang Arab dan Islam untuk dibacanya.
Pada malam yang lain, Holdbrook kembali berbincang dengan "Jeneral". Kali ini mengenai kalimat syahadat dalam Islam, sebagai langkah membawa dirinya menjadi seorang seorang Muslim. Malam itu, Holdbrooks memberikan pen dan sekeping kad melalui celah jeriji penjara dan meminta "Jeneral" untuk menulis kalimat syahadat dalam bahasa Arab dan maksudnya dalam Bahasa Inggeris. Holdbrooks kemudiannya membaca kalimat syahadat di hadapan Jeneral. Pada masa itulah, di lorong penjara kem Delta di Guantanamo, Holdbrooks menjadi seorang Muslim.
Pada tahun 2005, Holdbrooks meninggalkan bidang ketenteraan. Dalam temubualnya bersama dengan Newsweek, beliau dan beberapa bekas warden penjara kem Guantanamo mengakui akan kekerasan dan penyiksaan yang berlaku terhadap para tahanan di kem tersebut. Namun di sebalik itu, dia juga mendedahkan adanya hubungan yang baik antara beberapa orang warden dengan para tahanan. Mereka sering berbincang tentang politik, agama dan juga muzik. Perkara itu diakui oleh Errachidi yang mendiami kem Guantanamo selama lima tahun dan telah dibebaskan pada tahun 2007.
Kekejaman di Kem Guantanamo
"Para tahanan biasanya berbual dengan warden-warden yang menunjukkan sikap hormat terhadap para tahanan. Kami berbincang dan berbual tentang apa saja," kata Errachidi dalam email yang dikirimnya dari Maghribi ke majalah newsweek untuk menguatkan keterangan Holdbrooks.
Terry Holdbrooks berasal dari keluarga yang bermasalah. Beliau membesar di Phoenix bersama-sama dengan kedua orang tuanya yang ketagihan dadah. Holdbrooks adalah seorang yang ketagihkan minuman keras sebelum menyertai ketenteraan AS pada tahun 2002. Menurut TJ (panggilang mesra Holdbrooks), dia memutuskan untuk memasuki bidang ketenteraan kerana tidak mahu hidupnya seperti orang tuanya.
Holdbrooks merupakan seorang anak muda yang sering membuat keputusan mengikut kata hati dan sedang mencari kedamaian dalam jiwanya. Seumur hidupnya, dia jarang berfikir tentang agama. Tanpa disangka, di kem Guatanamo, beliau berkawan dengan seorang tahanan yang sangat taat terhadap ajaran agamanya. "Ramai orang Amerika yang tidak peduli lagi dengan Tuhan. Tetapi di tempat seperti ini, (kem Guatanamo) para tahanan sangat taat menunaikan solat," kata TJ.
Tahanan menunaikan solat
Ketika Holdbrooks menyatakan keinginannya untuk memeluk agama Islam, "Jeneral" Errachidi mengingatkannya bahawa menjadi seorang muslim adalah sebuah keputusan yang sangat serius, apatahlagi Holdbrooks bertugas di kem Guantanamo. "Errachidi ingin memastikan bahawa saya betul-betul faham apa yang saya katakan," kata Holdbrooks. Namun dia tetap memutuskan menjadi seorang Muslim. Keislamannya hanya diketahui oleh dua orang rakan sebilik Holdbrooks.
Tentera yang bertugas di sana mula mencium adanya perubahan pada Holdbrooks kerana mereka mendengar para tahanan memanggil Holdbrook dengan nama "Mustapha" dan melihat Holdbrooks dengan terang-terangan belajar bahasa Arab. Pada suatu malam, ketua warden memanggil Holdbrooks ke suatu tempat, di mana sudah ada lima warden lain yang menunggunya. "Mereka berteriak pada saya dan bertanya adakah saya seorang pengkhianat, adakah saya telah menjadi muslim," tutur Holdbrooks. Dan malam itu, ketua warden dan warden-warden penjara yang berada di situ telah memukulnya.
Disebabkan kejadian itu, Holdbrooks telah dipindahkan ke Ford Leonard Wood. Tetapi beberapa bulan selepas itu, dia menerima surat pemberhentian secara hormat dari ketenteraan, iaitu dua tahun sebelum kontraknya dengan ketenteraan berakhir. Pihak tentera AS tidak memberikan sebarang alasan ataupun penjelasan di atas "pemecatan" nya itu.
TJ kembali ke Phoenix dan kembali kepada rutin lamany (meminum minuman keras). Dia juga menceraikan isterinya. Ketagihan alkohol ini akhirnya membawa Holdbrooks ke hospital. Tanpa diduga, Holdbrooks bertemu kembali dengan Errachidi. Dua sahabat ini saling berkirim email dan menyambung kembali persahabatan yang terputus sekian lama.
Holdbrooks yang kini berusia 27 tahun, telah berjaya menamatkan ketagihan alkohol. Beliau juga telah bekerja sebagai perunding pendaftaran di Universiti Phoenix. Berhampiran universiti ini, terdapat sebuah masjid yang sekaligus menjadi pusat kegiatan Islam, Tempe Islamic Center. Holdbrooks kerap kali datang ke masjid itu untuk menunaikan solat berjemaah.
Ketika imam masjid Tempe Islamic Center, Amr Elsamny memperkenalkan Holdbrooks kepada seluruh jamaah dan menjelaskan bahawa Holdbrooks memeluk Islam sewaktu bertugas di kem Guantanamo, para jamaah berebut-rebut untuk bersalam dengan Holdbrooks.
Holdbrooks kini menjalankan ajaran Islam dengan taat. Bekas luka panjang di dahinya, hampir tidak kelihatan kerana tertutup dengan kopiah yang selalu dipakai.
"Saya selalu berfikir bahawa kem penjara Guantanamo dijaga oleh tentera-tentera yang bengis dan kejam. Saya tidak pernah berfikir bahawa ada tentera seperti TJ" komen Imam Amr Elsamny mengenai peribadi Holdbrooks.
"Saya selalu berfikir bahawa kem penjara Guantanamo dijaga oleh tentera-tentera yang bengis dan kejam. Saya tidak pernah berfikir bahawa ada tentera seperti TJ" komen Imam Amr Elsamny mengenai peribadi Holdbrooks.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan