semut-semut yang prihatin

semut-semut yang prihatin
semut-semut yang prihatin

Khamis, 18 Oktober 2012

Selamat Hari Lahir Sayang..



Selamat Hari Lahir Sayang



Selamat hari lahir sayang..semoga sayang sentiasa dipermudahkan.
abang minta maaf sebab 'terlupa' birthday sayang.(17.10.2012)
semoga hidup sayang sentiasa di berkati.. 
abang doakan sayang sentiasa bahagia selalu.

Ya Allah
lindungilah isteriku yang ku cintai
dari segala kejahatan dan kemungkaran 
niat buruk dari orang yang dengki irihati dan benci.

Ya Allah
limpahkanlah kepda isteriku yang kusayangi
rezeki yang halal dari segala penjuru rezeki Mu
kemudahan segala yang ingin ia tuju
kelancaran dalam menjalankan tugas setiap waktu..

Ya Allah
berikan isteriku orang yang ku kasihi bimbingan
untuk jalan yang terang menuju jannah Mu
keikhlasan dan kesabaran dalam menghadapi
segala ujian dari Mu yang akan ditempuh
berbekalkan keteguhan hatinya..

Ya Allah
berikanlah keampunan Mu
atas segala dosa yang telah di lakukan
dekatkan dia selalu dalam doa dan perlindungan Mu.
Isteriku
kaulah anugerah terindah Allah dalam hidupku
kaulah yang jadi pilihan hatiku
memberikan aku jalan sinar hidup kepadaku
aku bahagia hidup bersamamu sayang
walau ranjau berduri tetap juga ku harungi bersamamu sayang
semoga kita tetap bersama selama-lamanya
dan sentiasa bahagia bersama.Amin.

'SELAMAT HARI LAHIR BUAT ISTERIKU 
ISMARINNY SARBINI'










Sabtu, 22 September 2012

HILANG?

http://unkelhafiz.blogspot.com/

HILANG?


Allah berfirman, "Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya, ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah." (al-Ahqaf: 15)

Nabi saw. bersabda, "Redha Allah bergantung pada redha ibu bapa kamu dan murka Allah bergantung pada murka ibu bapa kamu." (HR al-Hakim)

Nabi saw. bersabda, "Sesungguhnya Allah mengharamkan ke atas kalian berbuat derhaka kepada ibu kamu". (HR Bukhari no: 5975 Kitab al-Adab)

Dari Abu Bakrah ra., Nabi saw. bertanya, "Mahukah aku beritahu kalian dosa terbesar dari dosa-dosa besar ?" (1) Mempersekutukan Allah. (2) Derhaka kepada ibu atau bapa. (3) Membuat kesaksian palsu. (HR Bukhari)

Nabi saw. bersabda, "Ada tiga orang yang tidak akan masuk syurga: 1) orang yang derhaka kepada ibu bapanya. 2) lelaki yang dayus. 3) perempuan yang menyerupai laki-laki." (HR Nasa'i, Bazzar dan Hakim)

Nabi saw. bersabda, "Semua dosa akan ditangguhkan pembalasan sampai nanti hari kiamat, kecuali derhaka kepada ibu atau bapa, maka sesungguhnya Allah akan segerakan pembalasan kepada pelakunya dalam hidupnya (di dunia) sebelum dia meninggal dunia." (HR Hakim



Kehilangan semamangnya sangat memedihkan,apalagi jika kita sendiri menjadi punca terjadinya kehilangan.Apabila kita kehilangan sesuatu kita akan  mempersalahkan orang lain tanpa mencari punca masalah tersebut dari akar umbi  dan seringkali kita tidak dapat berfikiran positif jika di landa masalah walaupun perkara kecil.Adakah kita akan cuba untuk memahami dunia kehidupan kita selepas sesuatu masalah timbul atau kita sengaja menjerumuskan diri kita ke arah masalah yang lebih besar lagi.Adakah perasaan cinta kepada manusia lebih penting daripada perasaan ibubapa yang terguris.Adakah ada ucapan maaf serta penyesalan terbit dari mulut kita apabila kita buat kesilapan.saya berpendapat tidak ada jawapan setiap persoalan tersebut tanpa pengalaman yang menjadikanya satu jawapan yang konkrit dan memuaskan.
Segala permasalahan dan konflik jiwa akan timbul jika kita tidak menjadikan sejarah sebagai guru kita dan tidak berfikiran ke depan.Adakah diri kita ini di anggap matang jika sudah pandai berbicara tentang percintaan dan perkahwinan.Topik percintaan selalu menjerumus remaja masakini ke arah pemikiran yang sempit dan melalaikan.Seringkali kita mendengar berita tentang kesanggupan remaja lari dari rumah,menipu ibu bapa dan menjadi keldai! semata-mata mahu membuktikan cinta agung mereka!.Adakah ini belum cukup untuk kita jadikan iktibar,jangan rasa dekat batang hidung sendiri baru tergadah!

Akhir-akhir ini banyak banyak artikel blogger dalam internet yang saya jumpa menyokong tindakan mereka berkahwin ketika usia muda sedangkan masih lagi belajar seolah-olah berkahwin ini hanya untuk keseronokan semata-mata. 
Rata-ratanya memberikan alasan UNTUK MENGELAKKAN MAKSIAT. Yang GATAL sangat buat maksiat tu sIapa suruh???
Cuba pergi ke mana-mana mahkamah syariah, fakta menggerunkan apabila statistik kini menunjukkan ramai MUDA MUDI yang muda belia bercerai sedangkan perkahwinan mereka tak sampai pun 2 tahun, kekadang si isteri sedang sarat mengandung membawa perut yang semakin membesar tetapi  turun naik mahkamah urus penceraian. Jumlah yang bercerai hampir sama banyak dengan jumlah yang baru berkahwin.
Sebanyak 28,035 pasangan bercerai sepanjang 2010,statistik itu bermakna 77 kes perceraian sehari atau 3 kes bagi setiap jam didaftarkan di Malaysia berbanding 135,548 pasangan yang berkahwin tahun 2010 (tahun perkahwinan penulis sendiri..:) ).Angka itu mencatatkan peningkatan 144 kes berbanding 27,891 pasangan yang bercerai sepanjang 2009 dan angka itu akan meningkat setiap hari!.Mencegah lebih baik daripada mengubati... Cuba fikir apakah faktornya???Faktor masalah kewangan mencatatkan statistik paling tertinggi berbanding faktor-faktor lain.
Cuma apa yang bermain dengan fikiran saya, adakah mereka sudah mampu untuk memikul tanggungjawab sebagai suami isteri dan ibubapa dalam masa terdekat, masih muda belia malah masih lagi belajar??? Alasan yang selalu diberikan, "SELEPAS KAHWIN NANTI ALLAH AKAN CUKUPKAN SEGALANYA REZEKI AKAN BERTAMBAH". Confident lagi tu bila mereka bercakap sedemikian kerana insyaAllah Allah akan berikan rezeki semasa kahwin tetapi belum tentu dalam bentuk harta benda, mungkin juga dalam bentuk kebahagiaan atau bilangan anak yang ramai walaupun hidup dalam kedaifan lantaran usaha suami isteri muda yang cuma sekelumit tetapi mengharapkan kemewahan duniawi sebesar gunung. Mereka dalam golongan ini dilabelkan sebagai manusia yang "Sombong dengan Allah", kerana mereka cuma bergantung harap kepada Allah sedangkan usaha mereka tidak setimpal dengan kemahuan.
Jika sebelum kahwin, mereka cakap mereka yakin yang rezeki akan dikurniakan Allah tetapi selepas berkahwin, bila ditanya mengapa mereka belum ada cahaya mata, mereka akan jawab mereka masih merancang keluarga kerana belum bersedia menerima cahaya mata lagi lantaran masalah kewangan dan masih belajar. (Orang macam ni pun ada, tadi cakap Allah akan kurniakan rezeki selepas kahwin???).
Saya tidak mempunyai kuasa untuk menghalang takdir Allah,saya akui setiap manusia mempunyai perasaan untuk menyayangi serta disayangi sesama manusia. Jangan sampai perasaan itu membelakangkan keluarga kita sendiri,jangan biarkan hidup kita sentiasa bergolak di sebabkan masalah yang kita timbulkan sendiri. Selagi kita belum mempunyai ikatan perkahwinan,orang tua adalah tulang belakang kita, bukannya boyfriend atau kawan rapat.
Saya akui kematangan seseorang itu tidak boleh di ukur dengan melihat setinggi mana pencapaian akademiknya tetapi melalui pengalaman hidupnya. Kenapa harus kita membantah nasihat orang yang lebih tua daripada kita sedangkan mereka telah melalui pengalaman hidup yang lebih panjang  dan penuh liku berbanding kita. Selalu kita persoalkan apa sumbangan/pengorbanan orang tua kita terhadap diri kita sendiri tetapi tidak pernah terlintas pun dalam hati apakah pengorbanan kita terhadap orang tua kita! Kita hanya mahu dimengerti tetapi diri sendiri tidak mengerti!
Jangan hidup dalam kelalaian dan penyesalan dikemudian hari!


I’m lost my word..:)