semut-semut yang prihatin

semut-semut yang prihatin
semut-semut yang prihatin

Khamis, 18 Oktober 2012

Selamat Hari Lahir Sayang..



Selamat Hari Lahir Sayang



Selamat hari lahir sayang..semoga sayang sentiasa dipermudahkan.
abang minta maaf sebab 'terlupa' birthday sayang.(17.10.2012)
semoga hidup sayang sentiasa di berkati.. 
abang doakan sayang sentiasa bahagia selalu.

Ya Allah
lindungilah isteriku yang ku cintai
dari segala kejahatan dan kemungkaran 
niat buruk dari orang yang dengki irihati dan benci.

Ya Allah
limpahkanlah kepda isteriku yang kusayangi
rezeki yang halal dari segala penjuru rezeki Mu
kemudahan segala yang ingin ia tuju
kelancaran dalam menjalankan tugas setiap waktu..

Ya Allah
berikan isteriku orang yang ku kasihi bimbingan
untuk jalan yang terang menuju jannah Mu
keikhlasan dan kesabaran dalam menghadapi
segala ujian dari Mu yang akan ditempuh
berbekalkan keteguhan hatinya..

Ya Allah
berikanlah keampunan Mu
atas segala dosa yang telah di lakukan
dekatkan dia selalu dalam doa dan perlindungan Mu.
Isteriku
kaulah anugerah terindah Allah dalam hidupku
kaulah yang jadi pilihan hatiku
memberikan aku jalan sinar hidup kepadaku
aku bahagia hidup bersamamu sayang
walau ranjau berduri tetap juga ku harungi bersamamu sayang
semoga kita tetap bersama selama-lamanya
dan sentiasa bahagia bersama.Amin.

'SELAMAT HARI LAHIR BUAT ISTERIKU 
ISMARINNY SARBINI'










Tiada ulasan:

Catat Ulasan