semut-semut yang prihatin

semut-semut yang prihatin
semut-semut yang prihatin

Selasa, 31 Mei 2011

Keajaiban Akhir Zaman?

Sesungguhnya keajaiban manusia di akhir zaman ini sangat banyak dan nyata sekali. Kadang-kadang kita kurang peka untuk menilainya sehingga kita melihat semuanya dalam keadaan baik. Namun, bila kita teliti dengan mendalam, kita akan menjumpai banyak keajaiban dan keanehan dalam kehidupan manusia akhir zaman ini. Keajaiban yang dimaksudkan di sini bukan berkaitan dengan persitiwa alam seperti gempa bumi, tsunami dan sebagainya, atau kejadian yang pelik lainnya. Tetapi mengenai cara berfikir manusia di akhir zaman ini.

Berikut adalah sebagian kecil dari sifat-sifat manusia sekarang ini. Di antaranya :

Bila seorang ketua atau pemimpin melakukan korupsi berbilion dan bahkan trilion dollar, maka mahkamah dengan mudah mengatakan kes tersebut tidak mempunyai bukti untuk menahan dan mengadilinya.

Namun, bila yang mencuri itu seorang nenek atau masyarakat bawahan (lemah), dengan mudah dia ditangkap, didakwa dan dijatuhkan hukuman penjara, sedangkan mereka hanya mengambil sekeping roti, itupun kerana lapar.

Bila ada individu atau kelompok dengan jelas memperlecehkan ajaran Islam, Tuhan, Kitab Suci dan Rasulnya, di negara-negara Islam, maka dengan bersengaja orang mengatakan itu adalah kebebasan berpendapat, berekspresi dan kepelbagaian menafsir ilmu agama.

Namun, apabila ada khatib, ustaz atau masyarakat Muslim mengajak jamaah dan umat Islam untuk konsiten mengamalkan ajaran agamanya, maka orang dengan mudah menuduhnya sebabai khatib, penceramah atau ustaz yang keras dan tidak mampu berdakwah dengan hikmah, dan dicurigai sebagai seorang pengganas.

Apa saja yang dicatatkan dalam Quran, dengan mudah orang mempercayainya. Membaca dan mempelajarinya dianggap lambang kemajuan.

Akan tetapi, apa yang tercantum di dalam Al-Qur’an belum tentu dipercayai dan diyakini kebenarannya, walaupun mengaku sebagai Muslim. Padahal Al-Qur’an itu Kalamullah (Ucapan Allah) yang tidak diragui lagi. Kebenarannya sudah teruji sepanjang masa dari setiap sudut ilmu pengetahuan. Akhir-akhir ini muncul anggapan bahawa mengajarkan Al-Qur’an membuatkan seseorang menjadi pengganas.

Sebilangan besar masyarakat termasuk yang mengaku Islam, yakin dan bangga dengan sistem hidup ciptaan manusia (jahiliyah), walaupun sistem yang mereka yakini dan banggakan itu menyebabkan hidup mereka tidak tenang dan mereka selalu menghadapai perbagai kezaliman dan ketidak adilan dari para pemimpin mereka. Mereka masih boleh berkata : inilah jalan hidup yang sesuai dengan akhir zaman.

Namun, bila ada yang mengajak dan menyeru untuk kembali kepada hukum Islam, maka orang akan menuduh ajakan dan seruan itu adalah tidak sesuai di zaman moden, kekerasan dan keganasan, padahal mereka tahu bahawa Islam itu diciptakan oleh Tuhan Pencipta mereka (Allah) untuk keselamatan dunia dan akhirat dan Allah tidak menzalimi hamba-Nya.

Ketika seorang Yahudi atau agama lain memanjangkan janggutnya, orang akan mengatakan dia menjalankan ajaran agamanya.

Namun, jika seorang Muslim memelihara janggutnya, dengan mudah orang menuduhnya fundamentalis atau teroris yang dicurigai, khususnya ketika berada di tempat-tempat umum seperti hotel dan sebagainya.

Ketika seorang Biarawati memakai pakaian yang menutup kepala dan tubuhnya, orang akan mengatakan bahawa dia sedang menjalankan ajaran agamanya.

Namun, apabila wanita Muslimah menutup auratnya dengan jilbab atau hijab, maka orang akan menuduh mereka terkebelakang dan tidak sesuai dengan kehidupan zaman moden. Padahal yang menuduhya itu adalah para pendokong demokrasi, yang mempunyai prinsip setiap orang bebas menjalankan keyakinan masing-masing.

Bila wanita Barat tinggal di rumah dan tidak bekerja kerana menjaga rumah dan mendidik anaknya, maka orang akan memujinya kerana dia rela berkorban dan tidak bekerja demi kepentingan rumah tangga dan keluarganya.

Namun, bila wanita Muslimah tingal di rumah menjaga harta suaminya, mendidik anaknya, maka orang akan menuduhnya diri perempuan itu dijajah dan harus dimerdekakan dari dominasi kaum lelaki.

Setiap mahasiswi Barat bebas ke kampus dengan memakai pakaian yang disukainya, dengan alasan itu adalah hak asasi mereka dan kemerdekaan mengekpresikan diri.

Namun, bila wanita Muslimah ke kampus atau ke tempat kerja dengan memakai pakaian menutup aurat, maka orang akan menuduhnya berfikiran sempit dan tidak sesuai dengan peraturan kampus atau tempat kerja mereka.

Bila anak-anak mereka sibuk dengan berbagai macam mainan yang mereka ciptakan, mereka akan mengatakan ini adalah untuk mengasah bakat, kecerdasan dan kreativiti anak tersebut.

Namun, bila anak Muslim dibiasakan mengikuti pendidikan agamanya, maka orang akan mengatakan bahawa pendidikan seperti itu tidak mempunyai harapan dan masa depan.

Ketika Yahudi atau Nasrani membunuh seseorang, atau melakukan serangan ke negeri Islam khususnya di Paestin, Afghanistan, Iraq dan sebagainya, tidak ada yang mengaitkannya dengan agama mereka. Bahkan mereka mengakatakan itu adalah hak mereka dan demi menyelamatkan masyarakat Muslim di sana.

Akan tetapi, apabila kaum Muslim melawan Yahudi untuk mempertahankan Palestin, atau Amerika di Iraq dan Afghanistan, mereka pasti mengaitkannya dengan Islam dan menuduh kaum Muslim tersebut sebagai pemberontak dan pengganas.

Bila seseorang mengorbankan dirinya untuk menyelamatkan orang lain, maka semua orang akan memujinya dan berhak mendapatkan penghormatan.

Namun, bila orang Palestin melakukan perkara yang sama untuk menyelamatkan anaknya, saudaranya atau orang tuanya dari keganasan tentara Israel, atau menyelamatkan rumahnya dari kehancuran serangan roket-roket Israel, atau memperjuangkan masjid dan kitab sucinya dari kerakusan pasukan Yahudi, orang akan menuduhnya pengganas. Kenapa? Kerana dia adalah seorang Muslim.

Bila anak-anak Yahudi diajar perang dan menggunakan senjata untuk membunuh kaum Muslimin Palestin, maka orang akan mengatakan bahawa apa yang mereka lakukan itu adalah untuk membela diri mereka.

Namun, bila anak Palestin belajar melomparkan batu menghadapi tentera Yahudi yang dilengakapi dengan kereta kebal dan senjata canggih lainnya ketika menghancurkan rumah, masjid dan kampung mereka, maka orang akan menuduh mereka melakukan kejahatan dan perlu ditangkap, dipatahkan tangannya dan dipenjarakan bertahun-tahun lamanya.

Inilah sekelumit keajaiban manusia di akhir zaman ini. Bolehkah kita menentukan yang baik dan yang jahat, atau kita akan menjadi korban keajaiban akhir zaman?

Ahad, 29 Mei 2011

Tanda-Tanda Dilamun Cinta.



Apakah perasaan anda pabila cinta anda ditolak..dan apa perasaan bila cinta anda berbalas.Tambahan yang membalas cintamu adalah Yang Maha Perkasa..Allah rabbul jalil.
Disini ku titipkan beberapa tanda anda dilamun cinta dengan yang Maha Pencipta.


1. Anda suka untuk bertemu dengan Nya.Tak sabar untuk bertemu.Tak berjumpa sesaat seolah2 anda jadi tak metentu.Persiapan dibuat setiapa kali sebelum bertemunYA.


2. MendahulukanNya lebih dari yang lain.Dia mengatasi yang lain.Segala kehendaknya anda utamakan dan yang dilarangnya anda cepat2 menjauhkan diri.


3. Gembira bila bersamanya.Ingin sentiasa bersamanya walupun dimana anda berada.Susun kata indah hendak bertemu dengan.Ayat-ayat cinta kau lauhkan pada Nya sebagai pujian keatasnya.


4. Tidak sedih kehilangan segalanya kerna cinta mu terhadap Nya melebihi segalanya.Biarlah semuanya hilang dan tiada asalkan anda tak kehilangan ISLAM .


5. Merasa nikmat melakukan ketaatan terhadap perintahnya.Membela gamanya sudah cukup membuatkan anda merasa nikmat di dunia.


6. Tegas terhadap mereka yang menghina Islam.Apatah lagi yang melanggar apa yang disuruhNya.



Itulah sedikit tanda-tanda anda dilamun cinta bersama Nya.Adakah cinta anda berbalas? atau anda dalam dilema cinta..si dia atau yang Maha Pencipta.Moga kita mendapat cinta dari Nya.
Terkadang dalam hidup ini kita perlu korbankan nikmat yang sedikit untuk mendapat yang lebih besar.

Pakai Tudung Walaupun Bukan Muslim.


SPENCER Wall, seorang wanita Amerika Syarikat (AS) berusia 20 tahun asal West Texas, tergolong unik dan luar biasa di tengah masyarakat majoriti bukan Islam. Dia yang beragama Kristian, tetapi sejak akhir April lalu telah memutuskan untuk memakai pakaian Muslimah, bertudung lengkap selama satu tahun ini. Apa tujuannya?

Wall mengatakan dia bukan ber'eksperimen' tetapi belajar dari pengalaman. Dia nak rasa bagaimana menjadi golongan minoriti seperti komuniti Muslim, yang selalu dipandang sebelah mata dan dicurigai di negaranya, walaupun dia bukan mewakili komuniti tersebut. "Saya bukan ingin mewakili Muslimah atau komuniti Muslim.. Saya hanya ingin tahu bagaimana rasanya menjadi seperti mereka.. sebentar saja ..." ujar Wall.

Perubahan penampilan Wall tentu sahaja mengundang banyak tanya dari teman-teman dan orang-orang sekeliling. Wall memang mengalami hal-hal yang tidak diharapkannya sejak memakai tudung dan pakaian Muslimah. Orang kerap memandang Wall dengan curiga, tidak mahu bercakap dengannya dan sering dicemuh. Bahkan pernah ada pengunjung di restoran tempatnya bekerja, menolak dilayani Wall. Tetapi seperti kebanyakan Muslimah di AS yang kerap menerima kelaku seperti itu, Wall tidak ambil peduli dan tetap terus melangkah.

Pertanyaan yang kerap diterima ialah, asal dari mana? Kerana orang-orang Amerika masih melihat warga Muslim sebagai imigran atau pendatang. Mulanya Wall menjelaskan, 'ingin belajar dari pengalaman..' Tapi lama-lama, dia pun bosan juga, dan jawab pendek,"Saya bukan Muslim, tetapi saya pakai tudung kerana sukakanya!" Meski demikian, Wall mengakui jawapan itu tidak sepenuhnya benar, kerana jauh di dalam hatinya ia merasa tidak boleh keluar rumah tanpa berpakaian Muslimah. "Saya pernah cuba tak pakai tudung sehari saja, tetapi tak boleh..."

Kini bukan hanya dalam berpakaian, Wall juga mengikuti kebiasaan bagaimana sepatutnya sikap seorang Muslimah. Ia menolak hubungan bebas terutama dengan lelaki. Pernah di toko pakaian, Wall meminta pelayan toko itu menutupi ruang terdedah apabila kakinya ternampak semasa mencuba-cuba pakaian. Wall mengatakan, pengalamannya 'menjadi seorang Muslimah' mengajarnya untuk menghargai dan menghormati hal-hal yang bersifat peribadi. Satu hal yang tidak pernah ia rasakan dalam ajaran agama Kristien.

Bahkan katanya, suatu hari nanti ia juga ingin rasa bagaimana hendak bersolat 5 kali tiap hari. "Seperti yang anda tahu, kami hidup di tengah masyarakat yang tidak peduli dengan aktiviti ibadah. Dengan pengalaman saya sekarang, saya rasa diri saya lebih dekat dengan Tuhan," ungkap Wall. "Pengalaman ini mengajar saya untuk menghormati wanita yang membuat keputusan ' tinggal tetap di rumah, menjaga dan mendidik anak-anak saja..' menghormati mereka yang bertudung lengkap, beraktiviti di luar atau menjadi seorang CEO.." sambungnya.

Jumaat, 27 Mei 2011

Nama 'Muhammad' popular di Eropah..


MOHAMMED' atau variasi dari nama Nabi Muhammad SAW telah menjadi pilihan yang paling popular untuk nama bayi lelaki di empat bandar besar Belanda. Pertubuhan keamanan sosial negeri tersebut mendapati nama-nama tradisional Belanda kurang diminati sekarang ini. Hal ini dilaporkan berlaku di Amsterdam, Rotterdam, Den Hag dan Utrech sebagai wilayah berkembangnya umat Islam.

Di Den Hag, variasi dari nama nabi Muhammad SAW telah naik ke tempat pertama, kedua dan kelima menjadi nama paling popular pada anak lelaki, menggantikan nama-nama tradisional kegemaran seperti Jan, Luuk, Gijs atau Daan. Di peringkat antarabangsa, nama Muhammad kini menduduki tempat ke 16 untuk nama anak lelaki paling popular.

Angka-angka yang diperolehi oleh Bank Insuran Sosial Belanda, berbeza dari statistik rasmi yang dilaporkan sebelum ini, dilihat dari pelbagai ejaan seperti Mohammed, Muhamed atau Muhammad, sebagai nama-nama yang berbeza. Statistik kerajaan sebelumnya, memisahkan perbezaan variasi nama, bagi menghindari kontroversi nama Nabi Muhammad yang masuk dalam 20 nama paling ramai nama digunakan.

Sementara itu di London beberapa tahun lalu, nama Muhammad pernah disebut-sebut bakal mengambil alih nama Jack sebagai nama anak lelaki paling popular di Britain berikutan kadar kelahiran tinggi di kalangan keluarga Islam. Laporan daripada Pejabat Statistik Kebangsaan berkata kadar kelahiran tertinggi ialah di kalangan pendatang berketurunan Pakistan dan Bangladesh.

Akhbar The Telegraph melaporkan, Jack adalah nama kanak-kanak lelaki paling popular masa itu, dipilih pada seramai 6,928 bayi. Muhammad mengambil alih kedudukan Thomas di tempat kedua dengan 5,991 bayi.

Profesor hubungan etnik di Universiti Warwick, Muhammad Anwar, berkata:
"Ibu bapa Muslim mahu mempunyai sesuatu yang menunjukkan kaitan dengan agama. Penduduk Islam pada umumnya masih muda dan anda dapat menjangkakan kadar kelahiran tinggi."

Pendatang dari timur Eropah dikatakan turut membantu menambah bilangan penduduk, yang dijangka mencecah sehingga 65 juta menjelang 2017 , iaitu berlaku pertambahan sebanyak lima juta. Menurut berita Bernama, 'menjelang 2031, penduduk Britain dijangka melebihi 70 juta.'

Minggu lalu Geert Wilders pimpinan sayap kanan Parti Kebebasan Anti Islam, meminta kerajaan Belanda menangani masalah apa yang disebut' seperlima dari Negara Kesatuan Eropah diramalkan umat Islam akan menjadi majoriti pada tahun 2050. Statistik rasmi kini menunjukkan masyarakat Eropah sedang mengalami peningkatan imigran dan tren pertumbuhan yang tinggi dari umat Islam.

Pada tahun 2008 hanya 5% dari jumlah penduduk Kesatuan Eropah adalah Muslim. Namun rendahnya kadar kelahiran penduduk Eropah telah mengakibatkan meningkatnya pertumbuhan umat Islam yang merupakan penduduk imigran dari negara-negara Muslim. Kajian terbaru ini telah menunjukkan ketakutan dan kebimbangan terhadap anak muda Islam semakin besar.

Jadi nama Muhammad juga merupakan nama paling popular di dunia. Hal ini dengan pantas menjadikan nama itu popular di AS dan Eropah. Dilaporkan nama Muhammad menjadi nama bayi lelaki kedua popular di Eropah. Secara keseluruhan nama Muhammad adalah nama keluarga yang paling umum di antara nama yang sering dipakai pada keluarga Muslim di seluruh dunia.

sumber;

Khamis, 26 Mei 2011

TUKAR JANTINA,TUKAR NAMA...

Mohd Ashraf Hafiz
Mohd Ashraf Hafiz
KUALA TERENGGANU: Harapan menggunung seorang lelaki untuk menukar nama daripada Mohd Ashraf Hafiz Abd Aziz, 25, kepada Aleesha Farhana tertangguh lagi apabila Mahkamah Tinggi di sini, semalam menetapkan 18 Julai depan untuk keputusan.

Hakim Datuk Mohd Yazid Mustafa menetapkan tarikh itu bagi membolehkan beliau meneliti hujah dikemukakan peguam Mohd Ashraf Hafiz selaku pempetisyen, Horley Isaacs dan Peguam Kanan Persekutuan, Adhha Abu Bakar yang mengendalikan kes berkenaan.
Mohd Ashraf Hafiz, pemegang diploma dalam bidang perubatan daripada sebuah institusi pengajian tinggi tempatan lengkap berpakaian seperti wanita dengan berbaju kurung moden berwarna kuning air, berkerudung merah jambu serta berkasut tumit tinggi menarik perhatian ramai yang menyedari kehadirannya di mahkamah semalam.
Dia yang menjalani pembedahan menukar jantina di Thailand antara 2008 hingga 2009 kerana mendakwa lebih cenderung kepada perwatakan wanita memfailkan petisyen memohon mahkamah membenarkannya menukar nama Mohd Ashraf Hafiz kepada Aleesha Farhana, bagi memudahkannya menguruskan kehidupan seharian, selain mahu memasuki universiti melanjutkan pengajian dalam bidang sama.

Dalam prosiding akhir di mahkamah semalam, Horley dalam hujahnya berkata, anak guamnya disahkan pakar perubatan daripada Pusat Perubatan Pantai (PMC) dan Hospital Putrajaya layak menjalani pembedahan menukar jantina, menjalani rawatan hormon serta psikologi sebelum melakukan pembedahan di Thailand.

Malah katanya, kedua ibu bapa pempetisyen turut mengesahkan anak mereka memiliki alat sulit lelaki sejak lahir, tetapi ia tidak normal, bersaiz kecil, tidak aktif dan tidak berfungsi sebaiknya seperti rakan sebaya lain. Mohd Ashraf Hafiz juga disahkan ibunya lebih cenderung berperwatakan wanita sejak kecil dan membuat kenyataan bersumpah membenarkan anak lelakinya itu menjalani pembedahan.

Bagaimanapun, Addha dalam hujahan balasnya berkata, peguam pempetisyen gagal melampirkan laporan lengkap daripada doktor bahawa pembedahan dijalankan berjaya menjadikan Mohd Ashraf Hafiz seperti wanita tulen termasuk mempunyai rahim dan tubuh kewanitaan dan fakta apabila perlakuan seksual berlaku antaranya sama ada dia boleh mengandung.
“Kita tidak ada perundangan yang membenarkan permohonan pempetisyen ini dan jika mahkamah membenarkan permohonan ini, ia akan memberi kesan jangka panjang kepada institusi masyarakat. Kita tidak tahu mungkin ramai di luar sana yang beratur untuk menukar nama dan jika keputusan mahkamah membenarkan permohonan ini ia boleh menyebabkan huru-hara dalam masyarakat,” katanya. BERNAMA

Isnin, 23 Mei 2011

Populasi Muslim Eropah Meningkat.


Angka menunjukkan peratusan penduduk muslim di Perancis pada tahun 1985 , 2006 dan 2008

Jumlah penduduk beragama Islam di Eropah dijangkakan akan terus meningkat sehingga tahun 2050. Namun perkhabaran dan jangkaan ini telah diabaikan oleh Barat dan Eropah. Ini sekaligus menjadikan penduduk Islam sebagai rakyat kelas kedua di negara sendiri.

Akhbar Daily Telegraph London melaporkan, dijangkakan pada tahun 2050 nanti, jumlah warga muslim akan mencapai 20 peratus daripada jumlah keseluruhan populasi penduduk Eropah.

Seperti yang dinyatakan akhbar terbitan Inggeris itu, kini kadar pertumbuhan penduduk muslim di Eropah adalah sekitar 5 peratus setahun. Jika kadar pertumbuhan penduduk Muslim terus meningkat seperti keadaan sekarang ini, maka pada tahun 2050 jumlah penduduk beragama Islam akan meningkat menjadi 20 peratus.

Selama tiga dekad (30 tahun) terakhir, populasi warga Muslim di Eropah meningkat dua kali ganda. Dan penggadaan ini akan berlaku sekali lagi pada tahun 2015 nanti.

Pemandangan biasa di Eropah sejak akhir akhir ini

Akhbar cetakan London itu juga menulis, "perubahan populasi ini disebabkan migrasi yang berterusan dari penduduk negara-negara Islam dan menurunnya kadar kelahiran di kalangan penduduk bukan islam yang disertai dengan tingginya angka kelahiran masyarakat muslim." Faktor faktor lain juga seperti buruknya keadaan sosial dan keluarga di Barat dan kurangnya kehidupan beragama di kalangan penduduk Eropah. Faktor ini juga menjadi penyebab yang mendorong masyarakat Barat untuk memeluk agama Islam.

Pertumbuhan populasi Muslim dan pusat-pusat kebudayaan dan organisasi Islam di Eropah makin meningkat, namun negara-negara di Eropah belum bersedia menerima hakikat ini sebagai kenyataan dan menolak untuk memberikan hak hak yang sepatutnya kepada penduduk beragama Islam.

Di sebahagian besar negara-negara Eropah, Islam belum diakui secara rasmi sebagaimana agama-agama lain, seperti Kristian atau Yahudi. Selain itu, masyarakat Muslim sering menerima imej buruk dan perlakukan diskriminasi. Ini sekaligus mengehadkan peluang Muslim di dalam sektor ekonomi dan sosialnya.

Hasil kajian menunjukkan diskriminasi terhadap warga Muslim paling kerap terjadi di dalam bidang kerjaya. Perlakuan tidak adil terhadap mereka juga dilihat sangat ketara di dalam bidang pendidikan, kerjaya, keamanan, imigrasi, serta hak-hak sivil, seperti untuk memperolehi kemudahan sosial dan layanan kesihatan yang sepatutnya.

Sementara itu, media dan pemerintah yang konservatif dan radikal di Eropah juga turut banyak membantu menyuburkan sikap anti-Islam selepas tragedi 11 September 2001. Penerbitan kartun yang menghina Nabi Muhammad, pembikinan filem filem yang memburukkan ajaran Islam, dan penerbitan pelbagai buku untuk memburukkan pemakaian tudung dan jilbab, merupakan sejumlah isu yang membuat fenomena anti-Islam di Eropah kian panas.

Padahal selama ini masyarakat muslim di Eropah dikenali sebagai komuniti yang sentiasa menyuarakan perdamaian dan kasih sayang. Mereka juga turut berperanan besar dalam memajukan negaranya.

sumber:zharifalimin.blogspot.com