Para pembaca disarankan membaca cerita tentang Nostradamus sebelum atau selepas membaca artikel ini. Disini, saya telah menyediakan link yang berkaitan.Nostradamus dalam 2012 dan biodata dirinya.
Ramalan-ramalan ini sekadar kajian semata-mata. Tidak dibenarkan untuk menjadi panduan hidup yang sebenar. Sebagai seorang muslim, hanya al-Quran dan sunnahpanduan yang lengkap dan boleh di percayai. Sekadar peringatan sahaja kepada anda semua tujuan artikel ini ditulis. Selamat membaca!
10. Revolusi Perancis (France Revolution)
Orang-orang (“the enslaved populace”) bangkit dengan kekuatan. Golongan beraja (aristokrasi) dijatuhkan dan dipancung (“While princes and lords are held captive in prisons”). Dalam versi lain, “the ‘great wall’ falling” dikatakan merujuk kepada rusuhan di Bastille. Keadaan ini berlaku semasa Revolusi Perancis, dimana golongan bangsawan atau beraja dijatuhkan dan republik di tubuhkan apabila rakyat bangkit merusuh.
9. Kebakaran Dahsyat Kota London (The Great Fire of London)
9. Kebakaran Dahsyat Kota London (The Great Fire of London)
Maksudnya:
Peristiwa kebaran kota London terjadi pada tahun 1666, namun tidak ramai orang yang mengetahuinya. Peristiwa ini benar-benar melenyapkan London lama (“The ancient lady”) di dalam dinding tua Romawi. Hanya enam korban jiwa yang benar-benar diketahui (“the six” di baris kedua merujuk kepada jumlah kematian), walaupun mungkin banyak dari penduduk London yang meninggal ketika itu, tetapi mereka tidak tercatat dalam sejarah. Kebakaran ini amat dahsyat dan kebaran paling besar yang pernah dicatatkan dalam sejarah Kota London. Menurut sejarah, api bermula dari sebuah kedai roti, yang kemudian melahap seluruh kota London dalam tempoh tiga hari. Jika penduduk London ketika itu melihat catatan Nostradamus, mungkin mereka dapat selamat dari maut.
8. Kematian Lady Diana
Maksudnya:8. Kematian Lady Diana
Ayah kepada kekasih Lady Diana, Dodi Al-Fayed, bernama Mohammed (“Prophet” – Nabi Muhammad). Apakah kematian Lady Diana merujuk kepada “a great people from subjection”? Mungkin bukan, namun kita semua setuju bahwa Anglo-Saxon (Great Britain) merupakan bangsa yang terdiri dari orang-orang hebat. Faktanya sendiri, bahwa nama “Diana” jelas-jelas disebut di ramalan Nostradamus, dan tulisan nama yang spesifik seperti ini sangat jarang ditemukan dalam karya-karya Nostradamus.
7. Ribut Katrina
Maksudnya:Apakah perkataan Orleans yang dimaksudkan oleh Nostradamus diatas adalah NEW Orleans? “Shaking of land and sea” mungkin merujuk kepada ribut. “By (people) of foreign tongues” bermaksudpertolongan sukarelawan dari seluruh dunia (untuk mangsa ribut Katrina). Dan yang dimaksudkan Tours, Blois, Angers, Reims dan Nante berkemungkinan besar banda-bandar yang dilanda ribut katrina. Dan perkara ini telah berlaku tidak lama dahulu di mana kawasan yang dinyatakan di landa ribut yang sangat dahsyat.
6. Kematian John F. Kennedy dan Robert F. Kennedy
Maksudnya:“Thunderbolt” bermaksud gunshot atau tembakan. Dan “the great man will be struck down in the day” bermaksud kematian John F. Kennedy. “Another falls at night time” harusnya ditujukan kepada Bobby Kennedy yang mati lima tahun kemudian. Maksud Reims, London, dan Tuscany masih belum dapat di terjemahkan lagi. Kemungkinan besar ianya nama tempat atau kawasan.
5. Louis Pasteur
Maksudnya:
Louis Pasteur (1822 – 1895) merupakan seorang ilmuwan kelahiran Perancis. Beliau dikenali sebagai salah satu ilmuwan mikrobiologi terbesar sepanjang masa. Penemuan-penemuannya yang tak ternilai bagi dunia diantaranya adalah proses pasteurisasi, iaitu mematikan bakteri yang ada di susu dengan pemanasan, dan vaksin antraks (“the lost thing is discovered, hidden for many centuries”). Pasteur, dalam bahasa Perancis dapat juga bermaksud “pastor” atau pendeta. Oleh karena itu, beberapa orang mengatakan ramalan ini hanya sekadar prasa kata dari Nostradamus tentang pendeta tua . Yang lain mengatakan ini adalah ramalan langsung tentang orang yang mempelajari mikrobiologi dan menemukan susu tahan bakteri dan vaksinasi antraks. The moon completes her great cycle juga fenomena yang berlaku sekitar 1800 hingga 1900. Dan ini menunjukkan tempoh berlakunya kejadian ini.
4. Bom Atom di Hiroshima dan Nagasaki
Maksudnya:4. Bom Atom di Hiroshima dan Nagasaki
Hiroshima dan Nagasaki (“Two Cities”) dibom atom pada 6 dan 9 Ogos 1945. “Scourges the like of which was never seen” dan “Crying to the great immortal God for relief” merupakan keadaan apa yang terjadi pada 6 dan 9 Ogos 1945. Selepas di bom, kedua-dua bandar ini kelihatan seperti tidak pernah wujud. Kosong di ratakan bom atom. Mereka yang selamat meneruskan hidup dengan penuh kepayahan dan kemiskinan. Hanya tuhan sahaja tempat bergantung. Namun beberapa pengkaji menbantah ramalan ini ditujukan kepada kejadian Hiroshima dan Nagasaki dengan mengatakan ramalan tersebut samar-samar dan tidak jelas, kemungkinan ramalan ini akan terjadi pada masa hadapan.
3. World War II dan Hitler
Maksudnya:
Dua quatrain ini mungkin menceritakan tentang Perang Dunia II dan Hitler dan mungkin juga bukan. Mungkinkah “A young child will be born of poor people” adalah Adolf Hitler dan beliau amat dikenali dengan kekejamananya. Hitler menggunakan kepakaran berpidatonya untuk membakar semangat tenteranya (“He who by his tongue will seduce a great troop”). Dan hitler telah menyebarkan sayapnya jauh ke timur (“His fame will increase towards the realm of the East.”)
2. Sept. 11, 2001 (The 9/11 Attack)
2. Sept. 11, 2001 (The 9/11 Attack)
Maksudnya:
“Two great rocks” dapat bermaksud “two towers” dan kejadian ini menyebabkan peperangan yang panjang di Afghanistan dan Iraq oleh Amerika (“Two great rocks will war for a long time”)Namun dapatkah kita katakan kedua menara itu sedang berperang? “Earthshaking fire”, “tremors”, “rocks will war”, merujuk kepada semasa runtuhan 2 tower ini. Orang ramai meramalkan ia bermaksud gempa bumi. “Will cause tremors around the New City” , New City merujuk kepada tempat kejadian ini berlaku iaitu New York city.
1. Hari Kiamat (End of The World)
Hari kiamat hanya Allah S.W.T sahaja yang mengetahui tarikh sebenarnya. Banyak ramalan Nostradamus yang dikaitkan dengan hari kiamat tetapi tidak menjadi. Mungkin ianya tersilap tafsir atau mungkin juga Nostradamus sendiri tidak tahu bilakah Hari Kiamat itu akan berlaku. Namun begitu, para pengikut Nostradamus percaya bahawa Nostradamus mengatakan dunia pasti akan berakhir, dan kita semua pun percaya walaupun kita tidak percaya kepada Nostradamus. Yang paling terbaru, orang mengatakan bahwa dunia akan kiamat pada tahun 2012. Namun begitu, catatan ramalan Nostradamus meramalkan sehingga tahun 3797 iaitu abad ke 38. Hanya Allah sahaja yang lebih Maha mengetahui akan hal ini.
Kesimpulannya, Nostradamus memang manusia yang mempunyai kelebihan untuk meramal masa depan. Namun, kebolehannya itu pasti "dibantu" oleh sesuatu "benda" kerana berdasarkan rujukan yang saya perolehi, Nostradamus hidup di zaman yang mana rakyat Eropah dikongkong oleh gereja. Dia juga melakukan pemujaan (dikelilingi oleh lilin yang membentuk sebuah bintang dalam bulatan) untuk setiap kajian tentang "ramalan"nya.
Mungkin ada di antara kita yang mengatakan pelbagai spekulasi tentang beliau. Namun, secara asasnya ilmu adalah untuk di kaji dan digunakan kearah kebaikan. Jika ilmu itu elok, ambillah ia. Jika tidak, cukuplah sekadar tahu dan tinggalkan. Jangan biarkan kerana hal duniawi yang kecil, kita gadaikan kehidupan akhirat yang selamanya. Sekian pesanan ikhlas dari penulis.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan