semut-semut yang prihatin

semut-semut yang prihatin
semut-semut yang prihatin

Khamis, 2 Jun 2011

Bapa Gila Sembelih Anak..

Muhaimi Sautar
Muhaimi Sautar
KOTA BHARU: Mahkamah Tinggi, di sini semalam melepas tanpa membebaskan seorang lelaki yang dituduh menyembelih anak keduanya berusia tiga tahun dalam kejadian di rumah mereka di Kampung Sungai Budor, di sini, pada 24 Ogos lalu.

Hakim Azman Abdullah dalam penghakimannya berpuas hati dengan keterangan yang menyatakan tertuduh, Muhaimi Sautar, 34, ketika kejadian tidak menyedari kesalahan dilakukan kerana berada dalam keadaan tidak waras.

Berikutan itu, Azman memerintahkan bekas pengawal keselamatan itu dihantar ke Hospital Permai, Tampoi, Johor, untuk menerima rawatan.Mengikut pertuduhan, Muhaimi didakwa menyebabkan kematian anak keduanya, Mohammad Adam Muzhaffar di rumah mereka di 133, Jalan Atas Paloh, Kampung Sungai Budor, pinggir bandar ini kira-kira jam 11.45 pagi hingga 12 tengah hari, pada 24 Ogos tahun lalu.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan terbabit mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan boleh dikenakan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Wan Azimah Yaacob, manakala Muhaimi yang kelihatan tenang ketika prosiding bermula jam 9.30 pagi semalam diwakili peguam Nik Mohamad Ikhwan Nik Mohamud.

Turut hadir mendengar keputusan semalam ialah ahli keluarga Muhaimi termasuk isterinya, Suzila Nik Mohd Hashim, 36.
Suzila yang kini terpaksa menyara kehidupannya dan dua anak sebagai penjual pakaian wanita berkata, dia reda serta pasrah dengan keputusan hakim supaya suaminya ditempatkan di Hospital Permai.
BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan