semut-semut yang prihatin

semut-semut yang prihatin
semut-semut yang prihatin

Jumaat, 3 Jun 2011

Siapa Iran?

Pakar pemerhati politik menyatakan kebimbangan ke atas kuasa besar US yang tiada tandingannya setelah keruntuhan USSR suatu ketika dahulu.

Namun kini, Iran di antara negara-negara yang dikatakan dapat mengimbangi pengaruh Amerika, lebih-lebih lagi Iran dilihat "tidak sehaluan" dengan Amerika dan Presiden Ahmadinejad sendiri dengan "lantang" mengkritik dasar-dasar luar Amerika.


Mengapa dia begitu berani melawan Amerika? Jika Iran berbangga dengan Ahmadinejadnya, rakyat Malaysia pula mungkin pernah berbangga suatu ketika dahulu Tun Mahathir Mohamed pernah mengkritik Israel dan kuasa-kuasa besar dunia. Bukan itu sahaja, Mahathir juga digambarkan sebagai seorang "pakar" ekonomi yang berjaya menyelamatkan Malaysia daripada krisis ekonomi Asia ciptaan Yahudi pada 1997 dahulu.


Mengapakah tokoh-tokoh ini begitu berani menentang Kuasa-kuasa Barat? Jawapannya, mereka tidak pernah berani pun. Jika betul mereka menentang Israel, sudah lama Mahathir dan Ahmadinejad dijatuhkan atau dibunuh.


Ahmadinejad dan Mahathir sebenarnya adalah anak didik Yahudi yang pandai berlakon. Berani manalah sangat mereka itu dengan Israel. Sekali gertak sahaja, gugurlah semua kutu-kutu di kepala Mahathir dek ketakutan dengan tentera-tentera Dajjal itu.


Benarkah kekuatan tentera Iran akan mengimbangi kekuatan tentera Amerika?

Tentera Iran dengan gaya Nazi.

Tidak langsung. Tentera Iran hanyalah anggota tambahan malah mungkin tentera utama Dajjal laknatullah.

Sabda Baginda SAW ; "Ketahuilah ia (Dajjal) berada di laut Syam atau laut Yaman.. akan datang dari arah timur (lalu menunjukkan dengan tangan baginda).."[Riwayat Muslim]. Daripada Abi Bakr al-Siddiq r.a, sabda Baginda SAW, "Dajjal akan muncul ke bumi dari arah timur bernama KHURASAN." [Riwayat al-Tirmizi]. Daripada Anas bin Malik r.a, sabda Baginda SAW, "Dajjal akan keluar dari kota Yahudi ISFAHAN (Khurasan, IRAN) bersama 70,000 penduduk ISFAHAN". [Fath al-Rabbani Tartib Musnad Ahmad. Ibn Hajar berkata : "Sahih"]. Ibn Kathir berkata, Dajal pada mulanya akan muncul dari ISFAHAN dari sebuah kota Yahudi [al-Nihayah fi al-Fitan wa al-Malahim]. ISFAHAN adalah sebuah bandar terbesar YAHUDI di Iran dan pusat loji nuklear Iran pada masa kini.

Dari Abu Abdillah a.s, “Kalaulah manusia mengetahui apa yang bakal dilakukan oleh al-Qaim (Mahdi Syiah) semasa dia muncul, maka kebanyakan mereka lebih suka untuk tidak melihatnya kerana pembunuhan yang dilakukannya terhadap manusia .. sehingga kebanyakan manusia mengatakan, “Ini bukan dari keluarga Muhammad, kalaulah dia dari keluarga Muhammad pasti dia akan memiliki kasih sayang” .

[ Mula Baqir al-Majlisi, Bihar al-Anwar, jil. 52, m.s 353 ].

“Sesungguhnya al-Qaim akan merobohkan Masjidil Haram dan Masjid Nabawi sehingga rata tanahnya”.

[Lihat Al-Majlisi, Bihar al-Anwar, jil. 52, m.s : 338 dan al-Tusi, al-Ghaibah, m.s 282 ]


SABDA NABI SAW : "DAJJAL AKAN DIIKUTI OLEH 70,000 YAHUDI DARI KOTA YAHUDI ISFAHAN (IRAN), MEREKA MEMAKAI AL-TAYALISAH " - RIWAYAT MUSLIM

Sedikit ulasan mengenai Peperangan antara Hizbullah dengan Israel.

Satu lagi pementasan drama yang disiarkan secara live melalui media-media antarabangsa. Israel dikatakan kalah dan lari kembali ke Israel dan kononya Hizbullah lah yang hebat dan berjaya menghalau Israel.


Ketika peperangan, tentera Hizbullah telah lari beramai-ramai ke kawasan pergunungan dan yang terkorban hanyalah rakyat awam yang terdiri daripada pelarian Palestin dan Islam Sunnah. Kemudian tentera-tentera pengecut Hizbullah telah dilabel sebagai "berani" dan "kuat" oleh umat-umat Islam sedunia, termasuk oleh media Israel sendiri. PELIK!!.

Tentera Hizbullah dengan gaya Nazi. Siapa Nazi? Nazi adalah sebuah kumpulan yang menerajui German yang dipimpin oleh Hitler, dan Hitler adalah seorang Yahudi!

Ini cuma sebahgian daripada putar belit terhebat di akhir zaman ini. Apa yang dinyatakan oleh media-media antarabangsa bukanlah tidak tepat, malah salah 100%. Kita lihat pemimpin-pemimpin dunia ini seolah-olah bergaduh sesama sendiri. Cuma lakonan mereka begitu hebat, menipu dunia yang menyangka Iran adalah ancaman kepada Amerika. Hakikatnya, mereka adalah sama-sama pengikut-pengikut Dajjal yang telah bersusah payah mempersiapkan tampuk pemerintahan buat Dajjal yang akan keluar tidak lama lagi.

Ops, ini lakonan ke real? Hmmm, takde dalam skrip, just lawak spontan dari pelakon terbaik dunia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan