Mekah Kini
Hari ini suasana haji menjadi seolah-olah bertentangan dengan ajaran asas Islam itu sendiri. Jabal Omar Development yang diamanahkan untuk membangunkan Masjid al-Haram memperuntukkan $3.3 billion bagi merealisasikan impian kerajaan Arab Saudi, namun mengalami kesulitan dalam mencari dana yang sebegitu besar.
Umum beranggapan Mekah bakal menjadi sebuah tempat ibadat yang cukup hebat dan gah di mata masyarakat yang beragama lain sehingga kebanggaan itu menjadi salah satu faktor kepesatan sektor pelaburan di Mekah dan kawasan-kawasan sekitarnya. Anggapan sebeginilah yang melemahkan jiwa dan minda umat Islam di seluruh dunia sehingga kesan serangan Barat terhadap dunia Islam dipandang sebelah mata – akibat penyakit al-Waḥn (الوحن) di dalam hati umat Islam.
Tidak cukup dengan itu, Putera Saudi, Khaled al-Faisal di dalam sebuah pertemuan dengan wakil PBB pada bulan Ogos yang lalu, menyatakan bahawa Mekah akan dibangunkan menjadi bandar termaju dan tercantik di dunia. Pembangunan sebegini juga akan dilakukan kepada Madinah dan Mina bagi menyamaratakan tahap pembangunan seperti di Mekah.
Sekali lagi Mekah akan kembali diingati dengan kemewahan disekelilingnya, dan bukan penghayatan penderitaan Nabi Ibrahim, Siti Hajar dan Nabi Ismail dalam menempuhi suruhan berda‘wah serta ujian kecintaan terhadap keduniaan.
Malah, Bukit al-Safa dan Bukit al-Marwah kini ditutup sepenuhnya bagi memberi keselesaan kepada para jemaah haji dalam melakukan saei. Lantainya juga dilapisi dengan marmar mahal bagi memberi kemudahan para jemaah haji untuk berlari tanpa merasa tidak selesa.
Tidak dinafikan bahawa jemaah haji terdiri daripada pelbagai lapis masyarakat yang datang dari seluruh pelusuk dunia, namun keselesaan sebegini akhirnya menjadi barah akibat hilangnya makna dan penghayatan saei dalam setiap jiwa para jemaah haji. Tujuh kali larian di antara kedua-dua bukit tersebut hanya menjadi memori di dalam album gambar, manakala penderitaan Siti Hajar mencari air buat puteranya akibat ditinggalkan suami yang keluar berdakwah hanya menjadi teks di dalam buku-buku agama.
Sujud atau Sembah?
Sewaktu di zaman jahiliyyah, Kaabah dikelilingi oleh beribu-ribu berhala yang dibawa masuk oleh masyarakat Mekah sendiri dan para pedagang yang datang dari negeri-negeri lain. Kemasukan berhala ini dipelopori oleh Amru bin Luhay bin Qamaah dan setelah itu lambakan berhala semakin bertambah akibat Mekah merupakan pusat perniagaan yang berkembang pesat.
Berhala-berhala ini menjadi sumber pendapatan yang utama di Mekah. Orang ramai yang berpusu-pusu datang ke Mekah akan menabur wang di setiap berhala yang disembahnya bagi mendapatkan apa yang dihajati. Wang-wang ini dikutip oleh pembesar Mekah ketika itu sehingga menjadikan mereka terlalu cintakan tuhan ciptaan mereka yang menjadi modal untuk mendapatkan keuntungan dengan cara yang paling mudah dan paling cepat.
Setelah umat Islam dapat mengambil Mekah atas pimpinan RasuluLlah SAW, berhala-berhala ini semuanya dimusnahkan. Pemusnahan kesemua berhala-berhala ini bagi menyatakan kebesaran Ka‘bah yang menjadi hanya satu-satunya tempat tertumpu sujud, namun bukan Kaabah yang disembah tetapi Allah SWT semestinya.
Solat mengadap Kabah merupakan syiar, sehingga menimbulkan ketaqwaan hati bagi muslim yang benar-benar menghayati syiar Allah SWT:
Demikianlah (perintah Allah); dan sesiapa yang mengagungkan syiar-syiar Allah maka (dialah orang yang bertaqwa kerana) sesungguhnya perbuatan itu satu kesan dari sifat-sifat taqwa hati orang mukmin.”
[QS al-Ḥajj 22:32]
Para ulamak juga sependapat bahawa jika Kaabah musnah sekalipun, umat Islam tetap akan solat dan tawaf tertumpu di tempat Kaabah. Inilah nilai makna yang diajar dalam Islam, penyembahan bukan kepada objek yang disembah tetapi penyembahan kepada Allah SWT melalui syiar yang digariskanNya kepada seluruh umat Islam.
Sungguh indah ajaran Islam sehingga ke hari ini, sewaktu mendirikan solat, setiap muslim akan menghayati penyembahan kepada Allah SWT dan bukan Kaabah walaupun kiblat yang dituju adalah Kaabah itu sendiri.
Mekah Kembali Ke Zaman Jahiliyyah
Kini Mekah kembali dibayangi masyarakat jahiliyyah disekelilingnya. ‘Berhala-berhala’ berwajah modenisme yang memberi keuntungan berlipat-ganda kepada pembesar Mekah sehinggakan ibadat haji dan umrah di Mekah menjadi kenangan manis dan amalan ritual semata-mata tanpa menusuk maknanya di dalam sanubari setiap jemaah haji. Malah, berhala-berhala ini menjadi pilihan golongan berkemampuan sehingga jurang antara kaya dan miskin semakin mendalam.
Solat umat Islam di seluruh dunia mencecah bangunan Hilton Mekah, sebelum tiba di Kaabah. Rukuk umat Islam di seluruh dunia merentasi KFC Mekah, sebelum menuju Kaabah. Sujud umat Islam menyembah Hotel Dar al-Tawhid Mekah, sebelum mencapai Kaabah. Inilah gambaran Mekah hari ini setelah permodenan dibangunkan tanpa mengambil kira teras ajaran Islam yang mengajar umatnya tentang kesederhanaan cara hidup dan keharmonian antara jasmani dan rohani.
Keduniaan yang sepatutnya ‘disembelih’ di Mekah, kini dibawa pulang semula ke tanah air masing-masing. Dan umat Islam masih seperti sebelum kedatangan mereka ke tanah suci Mekah – penindasan golongan mampu kepada golongan yang tertindas masih belum berakhir.
Erti Sebuah Korban
Generasi muda hari ini melihat perayaan ‘Īdu al-’Aḍḥā sebagai jenaka penyembelihan haiwan ternakan melalui sebaran khidmat pesanan ringkas (SMS) sesama rakan. Tidak cukup dengan itu, kartun dan animasi yang menjadikan ibadah korban sebagai humor tiba-tiba begitu popular di dalam blog-blog serta laman sawang yang lain.
Mengapa ini terjadi? Semua ini terbentuk daripada kerosakan pendidikan yang diberikan kepada mereka secara langsung atau tidak langsung. Nilai-nilai pendidikan yang tidak betul ini ini diterjemahkan melalui kelakukan harian mereka yang mengisyaratkan kita tentang ramalan iklim masyarakat Islam di Malaysia bakal menghadapi kerosakan yang sangat-sangat dasyat.
Penyembelihan haiwan bukanlah semata-mata melengkapkan ibadah haji, tetapi menjadi peringatan buat semua kaum muslimin agar memaknai kesempurnaan ajaran Islam yang disampaikan oleh Allah SWT melalui firmanNya:
Daging (haiwan korban) dan darahnya tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepadaNya ialah ketaqwaan kamu. Demikianlah Dia memudahkan haiwan-haiwan itu bagi kamu supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat nikmat petunjukNya. Dan sampaikanlah khabar gembira (dengan balasan yang sebaik-baiknya) kepada orang-orang yang berusaha berbuat baik.”
[QS al-Ḥajj 22:37]
Jika rukun Islam yang terakhir serta merangkumi keseluruhan kelima-lima rukun Islam dihina sebegitu rupa oleh umat Islam sendiri, agaknya apa akan jadi dengan keadaan masyarakat Islam 10 tahun akan datang?
Ramalan bukanlah tanggungjawab kita, usaha memperbaiki keadaan ini merupakan kewajipan kita.
Apakah languan talbiah akan Allah terima, jika hanya mengejar haji mabrur sedangkan umat Islam di Palesti di sembelih sebagai binatang korban oleh Yahudi.. Saddam Hussin juga disembelih pada haji Raya Haji.. sebenarnya Nabi mengerjakan haji setelah tiada lagi suara tangisan bayi, tiada lagi suara rintihan umat Islam di merata dunia.. meraka berdoa dengan khusyuk kerana Allah telah berfirman : Hari ini Aku sempurnakan agama kamu… sedangkan hari ini kini berdoa dan bertalbiah hanyalah untuk kepentingan diri sendiri, untuk menyempurnakan hajat kita sahaja..
Apakah Allah akan mengasihani kita,, apakah Allah hanya mementingkan kita dan tidak mementingkan umat Islam serata dunia yang tertindas?, apakah Allah rasa bangga dengan haji kita yang datang dengan cara mencantas giliran orang lain?
Sucikah niat kita?
Apa yang saya dapat fahamkan.. Islam terlalu syumul dan terlalu suci… kita dapat mengaburi mata-mata manusia kononnya kitab telah melakukan haji dan telah bertaubat serta kita telah berangan-angan kita akan memiliki syurga kerana segala-galanya telah sempurna.. Yang sebenarnya Islam pada diri kita sebenarnya hampir sempurna…Tetapi Ingatlah Islam bukan untuk diri kita, Islam untuk kemakmuran Alam Semesta.. Kita adalah Khalifah Allah yang memerintah Alam agar tidak ada lagi penindasan dan pembunuhan.. sebagaimana Rasulullah dan Sahabat lakukan.. Baharulah pada saat tersebut Allah menyayangi kita dan kita tidak segan dan silu untuk berdoa kepada Allah.. Tetapi pada hari ini Kita berdoa hanya untuk keselamatan diri kita sahaja..tidak malukah kita apabila kita berdoa hanya untuk diri kita sahaja dan tidak untuk umat Islam seluruh dunia dihadapan Allah Yang Maha Melihat.. bukankah telah ternyata bahawa kita sebenarnya hanyalah mementingkan diri sendiri dalam semua perkara sehingga dalam beribadat kepada Allah pun kita mementingkan diri dan tidak berdoa untuk umat Islam yang lain.
selagi kita beraqidah bahawa Allah akan menerima amalan seseorang apabila segala rukun dan syarat telah sempurna, maka selama itulah Islam tidak ada nilai di sisi dunia ini…kerana Islam tidak terbina untuk semua tetapi untuk individu sahaja.. sedangkan Rasulullah tidak rela mendengar dan melihat kezaliman yang dilakukan terhadap umat Islam.. Rasulullah tidak akan melakukan ibadat haji sehingga semua umat Islam terbela.. Malah ketika Rasulullah melakukan ibadat haji bersama-sama seluruh umat Islam dan jika yang tidak menunaikan ibadat haji pun rela dengan pemergian Rasulullah.. Baharulah Rasulullah melangkahkan kaki ke kota Mekah.. Kini kita melangkah kaki ke Kota Mekah dengan penuh dosa, umat Islam dibunuh dan sembelih di merata dunia tetapi kita tidak pergi membantu mereka… malah kita pergi berlakun di rumah Allah, Kononnya kita adalah insan yang warak dan mulia, kita menangis didepan Kaabah supaya mendapat PANGKAT haji mabrur daripada Allah SWT… semuanya Allah tahu kita tidak mengasihi umat Palestin, umat Islam Afghanistan dan lain-lain tempat umat Islam yamg tertindas tetapi kita hanya mengasihi pangkat haji mabrur melebihi segala-galanya. dengan pangkat haji mabrur kita akan gunakannya sebagai lesen untuk memasuki Syurga Allah .. inilah agama ciptaan Yahudi.. ternyata Yahudi mengajar kita sehingga ke lubang biawak… Maka benarlah Kefahaman Islam secara Yahudi dan Nasrani telah ditarbiahkan kepada kita sehingga dalam solat dan haji..kejarlah haji dan sempurnakanlah solat tetapi jangan peduli saudara-saudara kita yang disembelih di merata dunia… kerana hanya dengan haji dan solat kita akan dapat memilki syurga Allah …???
Semoga Allah SWT mengampuni dosa-dosa hamba-hambaNya yang berusaha memperbaiki keadaan ini.
Dikirim dalam Mekah akan kembali ke zaman Jahiliah,
Tiada ulasan:
Catat Ulasan